Aku Tak Mahu Lagi Jadi Macai Pemimpin Umno

Posted by

Politik-Aku pernah jadi jentera politik diatas nama parti Umno yang kononya banyak bantu Melayu dan bumiputera lain  di bumi Malaysia ini.

Memang aku ahli Umno sejak sebelum umur 20 tahun lagi,boleh dikatakan aku antara yang awal dalam kalangan ahli Umno yang angka daftar nya 5 ratus ribu kebawah,kini ahli umno dah jutaan.
Bermula dari ikut-ikut sehingga aku dikenali dikalangan kekawan dalam parti sebagai jentera yang aktif dalam apa jua program politik di Selangor dan Wilayah Perekutuan.

Aku memang tiada jawatan dalam parti,bukan apa,aku memang tak mahu apa-apa jawatan,bagi aku cukuplah jika aku dapat memberi sumbangan tenaga kepada masyarakat melalui parti yang kononya membela Melayu dan yang kaya adalah pemimpin melayu,manakala pengikut yang menjadi macai seperti aku masih ditakok lama.

Namun begitu aku bersyukur setelah 9 tahun bergelumang dengan dunia politik aku diberi kesedaran oleh Allah,bahawa aku sebenarnya dipergunakan oleh ketua yang mahu jadi wakil rakyat,dan setiap apa yang diberikan pada aku hanyalah sebagai gula-gula.

Aku sedar yang aku sebenarnya dipergunakan oleh ketua apabila melihat telatah ketua aku yang semakin hari semakin bermewah-mewah dengan gaya kaya raya,tapi aku dan rakan-rakan tetap juga digula-gula.

Perubahan demi perubahan berlaku kepada ketua aku,semakin hari  semakin ketara sehingga aku dan rakan-rakan di pinggirkan dalam apa jua program kemasyarakatan.
Aku tak mahu cerita lebih-lebih perangai ketua aku yang kononya beliau berjuang dalam Umno untuk melayu,tapi aku melayu yang berjuang bersama beliau semakin hari semakin layu dan akupun tak tahu melayu mana yang dijuangkannya,sedangkan aku melayu ini beliau menjadikan aku tertanya-tanya.
Akhirnya beliau dipilih sebagai calon DUN di Parlimen dalam negeri Selangor pada PRU 2013,saat itulah beliau dipuja-puja.dipuji kononya orang muda berjiwa muda akan mentransformasi dunia politi alaf baru.

Dalam tempoh kempen pilihanraya umum 2013 itu tidak lebih tiga kali ketua yang aku juangkan selama 9 tahun itu berjumpa dengan aku.

Rakan-rakan yang ramai bersama aku sudah mula marah malah ada yang merajuk dan sebagainya,akhirnya secara rahsia aku dengan ratusan jentera yang bekerja untuk umno selama ini mengadakan satu mesyuarat secara rahsia 2 hari sebelum tarihk mengundi.

Dalam solusi mesyuarat pada masa itu,70% dari 80 orang  yang hadir mesyuarat rahsia itu berpakat tidak mau undi BN kerana kecewa dengan calonya.

Aku tak boleh buat apa-apa lagi,kerana aku tidak mampu mengubahnya,dan aku juga tahu ini semua berpunca dari sikap kawan aku yang dipilih jadi calon itu sendiri.

Nak tak nak aku akur dan bersetuju diam dengan apa keputusan yang dibuat oleh ahli mesyuarat itu,aku bercadang memberi tahu pada calon BN yang aku cerita itu,tapi beliau kelihatan terlalu sibuk atau buat-buat sibuk bila Nampak aku,dan akhirnya aku biarkan begitu.

Keputusan PRU pun di umunkan,kawan aku kalah teruk pada calon Pakatan Rakyat yang kurang popular.

Aku dan kekawan lain pun mula buat risikan dalam DUN yang ditandingi oleh kawan aku itu,rata-rata pengundi tidak suka kerana sikap sombong  yang ada pada kawan aku yang dipilih jadi calon itu terlalu ketara.

Akhirnya jenteranya sendiri bertepuk tangan diatas kekalahan itu,setelah kalah baru dia ingat nak cari aku dan rakan-rakan lain yang dulunya setia jadi macai kepada ketua yang kononya menggunakan Umno untuk juang nasib bangsa.

Tapi kita orang tidak lagi menghormatinya,malah kita orang  peril-perlikan sikapnya itu,akhirnya dia sendiri lari dari kumpulan yang dahulu menjulang naik dirinya dipersada politik.


Beberapa kali juga aku nasihatkannya degan kata-kata,’’Apabila berada diatas jangan melihat orang dibawah itu kecil,kerana yang dibawah juga melihat yang diatas itu juga kecil. Tapi dia tidak peduli.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:58 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan