Agak lama aku tidak melepak di kedai kopi 32 .hari ini aku sempat singgah bertanya khabar rakan2 seangkatan bloggers jalanan yang sering melabuh punggung disini.
Nama blog aku ini-pun mengambil nama kedai kopi ini,jadi tidak hairanlah jika aku kerap datang jika ada kelapangan masa.
Kedai kopi 32 yang aku maksudkan ini terletak di jalan kancil iaitu tidak jauh daripada pudu plaza
Kedai kopi ini dimiliki oleh kawan aku dan tentulah bangsaku melayu.
Kedai kopi 32 sangat popular kepada semua kaum termasuk pendatang asing.
Layanan pula jenis mesra alam,jadi tidak hairanlah kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggang terutamanya daripada kaum cina dan Melayu.
Jika tidak hujan pada waktu malam pula sebuah skrin besar dipasang dan tayangan movie menarik sering dipersembahkan.
Jika hari cuti,kedai ini menjadi tumpuan utama pengemar2 warong disekitar pudu malah ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati juadah malah untuk menikmati suasana yang berbeza daripada kedai kopi Lain.
Jika anda mahu lihat perpaduan kaum dalam warong,datanglah ke Kedai Kopi 3 Dua yang tidak jauh letaknya dengan pusat beli belah Pudu Plaza.
0 ulasan:
Catat Ulasan