MAKLUMAT TERKINI TENTANG PERHIMPUNAN MELAYU BAJU MERAH!!!
1. Perhimpunan Baju Merah pada 16hb September ini akan diteruskan. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Penganjur semalam diputuskan perhimpunan itu akan berakhir di Padang Merbok dari 9.30 pagi ke 6.30 petang.
Ada beberapa tempat meeting points sebelum peserta bergerak ke Padang Merbok. Antaranya ialah Masjid Jamek, Masjid Al Bukhary di Pudu, LRT/Surau Bukit Bintang, DBKL dan Petaling Street.
Selepas Zohor peserta akan bergerak bermula jam 2 petang daripada meeting points tersebut ke Padang Merbok.
2. Penganjur tidak akan membatalkan perhimpunan tersebut. Membatalkannya bermakna amalan demokrasi dicemari dan bertentangan dengan spirit Akta Perhimpunan Aman. Membatalkannya juga bermakna "double standard" telah berlaku. Iaitu BERSIH 4 boleh buat, tetapi RAKYAT BERSATU tidak boleh buat.
Apatah lagi kalau BERSIH 4 boleh buat sampai dua hari kenapa RAKYAT Bersatu yang cuma buat setengah hari tidak boleh? Dan kalau BERSIH 4 boleh buat di Dataran Merdeka ketika Rakyat akan menyambut Hari Kebangsaan 2015 maka kenapa RAKYAT Bersatu tidak boleh buat sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 september?
3. Tindakan BERSIH 4 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan SOGO jelas menganggu persiapan dan acara sambutan Hari Kebangsaan 2015. Ada beberapa acara terpaksa dipindahkan ke tempat lain seperti Konsert Sehati Sejiwa terpaksa berpindah ke Stadium Bkt Jalil.
Dan ada juga yang dibatalkan seperti Dinner KL Converse kerana jalan ditutup akibat perhimpunan BERSIH 4 berlaku sampai malam. Sedangkan Perhimpunan RAKYAT Bersatu diadakan di Padang Merbok bukan di tempat acara kemuncak Hari Malaysia akan diadakan iaitu di Kota Kinabalu Sabah.
4. Maka tidak ada sebab polis menghalangnya. Tidak ada sebab pihak lain apatah lagi BERSIH 4 dan Lim Kit Siang bising kerana mereka juga adalah penganjur kepada satu perhimpunan yang berunsur perkauman. Di samping itu tingkah laku mereka amat biadap seperti membawa penyapu dan memijak gambar PM dan Ustaz Hadi Awang.
5. Apabila timbul cerita perhimpunan RAKYAT Bersatu akan diadakan tiba tiba ada pihak yang membantah. Macam macam andaian dibuat, perkaumanlah, perhimpunan balas dendamlah, membazirlah, menyusahkan pelanconglah dan tidak sesuai sempena Hari Malaysia. Semua itu adalah pre emptive untuk mensabotaj dan membatalkan perhimpunan Baju Merah ini.
6. Maka RAKYAT Bersatu WAJIB diteruskan. Kalau Low Yat terpaksa tutup, maka tutuplah. Kalau Bukit Bintang terpaksa tutup, maka biarlah mereka tutup satu hari. BERSIH 4 sudah 4 kali diadakan. Maka empat kali itulah SOGO terpaksa tutup. Maka 4 kali itulah peniaga peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman terpaksa tutup kedai.
7. Diharap seluruh Rakyat Malaysia yang benci kepada BERSIH 4 maka datanglah beramai ramai ke Perhimpunan RAKYAT Bersatu pada 16 September ini. Tidak perlu was was.
https://www.facebook.com/themalaysianpatriots/photos/a.650621131676586.1073741828.650617238343642/921597091245654/?type=1&theater
https://www.facebook.com/themalaysianpatriots/photos/a.650621131676586.1073741828.650617238343642/921597091245654/?type=1&theater
0 ulasan:
Catat Ulasan