Kritik Najib Macam Anjing Salak Bukit

Posted by


  Artikel kiriman ini dipilih untuk dimasukkan kedalam blog ini berdasarkan baris kata yang tidak berapa keras biarpun menyentuh isu-isu politik dan kepimpinan...

Di Malaysia ada macam-macam pakar,pakar mencarut,pakar menghina dan bermacam-macam pakar,namun jika pakar-pakar ini buat selipar getah harga RM2 sah tidak dilulus SIRIM.

Sejak dua menjak ini ramai pula membandingkan Tun Mahathir dengan Datuk Seri Najib biarpun era itu sudah jauh meninggalkan masa di zaman Datuk Seri Najib.

Ada yang mengatakan Tun Mahathir adalah anugrah Allah yang tiada tolak bandingya sampai bila-bilapun.Benarkah begitu?

Zaman Tun Mahathir maklumat hanya mengharapkan daripada media cetak,media elektronik,ceramah dan ada juga berusaha menabur surat layang sebagai sumber maklumat yang kadangkala menjadi punca fitnah.

Perubahan zaman seiring dengan taknologi Allah Taala memilih pula Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri disaat bermacam-macam tentera cyber wujud dengan berbagai-bagai nama.
Jika dilihat pada era Tun Mahathir,beliau tidak diserang hebat oleh pembangkang seperti Datuk Seri Najib.Betulkah begitu?

Memang betul kata pakar-pakar dalam media sosial,Semasa Tun Mahathir Serangan paling kuatpun hanya melalui ceramah-ceramah yang diadakan disetiap pelusuk negara termasuk ditempat buaya bertelur dan tempat harimau beranak sekalipun.

Di era Datuk Seri Najib pula serangan dipelbagai penjuru terutamanya melalui cyber,ceramah dan sebagainya sesuai dengan zaman taknologi yang canggih manggih ini.

Datuk Seri Najib bukan sahaja berperang dengan pembangkang malah yang meniti diatas perjuangan yang sama juga turut membedil dipelbagai penjuru dengan berbagai cara.

Walupun Datuk Seri Najib diserang dengan segala peluru penentuan jatuh bangun beliau bukan boleh ditentu dengan peluru serangan musuh,kerana Allah yang meletakkannya ditempat sekarang jadi Allah-lah yang akan menentukannya sama ada tegak berdiri atau terduduk.

Kena ingat juga,bahawa era Tun Mahathir banyak masyarakat kampung masih tidak memiliki tempat untuk mendapat maklumat,Cuma mengharapkan radio yang menggunakan bateri,tv pula sukar dilihat ada pada setiap rumah,sebab itulah jika dikatakan kentuk pemimpin wangi mereka-pun akan ikut kata wangi,manakala akhbar pula bukan tak ada tapi sukar diperolehi.

Bukan mahu membezakan masyarakat dahulu dengan sekarang,hakikatnya generasi dahulu telah melahirkan anak-anak yang celik ilmu,dengan kata lain sekarang rakyat yang bijak lebih ramai daripada zaman surat layang,akhbar nyamok dan radio guna bateri cap kambing.

Tuduhan pentadbiran zaman Datuk Seri Najib lemah,ekonomi lembap dan sebagainya,namun buktinya Negara belum lagi berada dalam kegawatan ekonomi sehingga projek pembangunan yang sedang rancak terbengkalai.


Memang benar,setiap pemimpin yang dipilih Allah akan diuji dengan berbagai cara disetiap penjuru,maka rakyat harus menilai dengan akal yang murni sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang penuh dengan kasih sayang.

Setiap orang yang dilahirkan pasti ada musuhnya,musuh dikiri dan kanan sama ada jauh atau dekat pasti wujud,apalagi jika kemahuan tidak dituruti.

Perangai buruk manusia biarpun mereka dari golongan bijak pandai tetap ada,sebab itu sedikit kesilapan yang berlaku terhadap pemimpin itulah yang di palu keseluruh dunia,manakala bukit emas yang dibina demi kemakmuran negara tidak pula dilihat sebagai permata berkilau.

Itulah hakikat manusia berhati legam suka membesarkan yang buruk daripada yang ranum,walhal diri sendiri suka yang elok-elok tak mahu yang buruk-buruk tapi mulut seperti berok kelaparan.jari pula seperti jari setan menakan punat kesesatan.

Ingatlah,kita hari ini bukanya berada dimasa lalu,namun masa lalulah membawa kita ke masa depan.jika hari ini kita sering meruntuhkan jambatan yang dibina,tidak mustahil anak cucu akan ludah pusara nenak moyangnya.

Pada penyerang-penyerang Datuk Seri Najib,ingatlah! Bukit tidak akan runtuh disalak anjing.

Artikel kiriman-Pena Malaya


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 3:52 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan