Dulu kawan OK Sebab Aku Banyak Duit

Posted by

Kali ini aku nak cerita kehidupan aku dahulu yang lebih senang daripada sekarang,pada tahun awal
1998 aku ada pendapatan lumayan dari hasil kerja-kerja kontrak seperti ubah suai rumah dan berbagai lagilah berkaitan dengan kerja kontrak secara kecil-kecilan.

Pendapatan bulanan aku setelah tolak gaji pekerja dan berbagai lagi boleh dikatakan lumayan pada masa itu,apa tidaknya kalau dah cecah RM7 ribu sebulan.

Ye lah,''kalau dah berduit ramailah yang hai hai dekat kita,begitulah dengan aku.,,kawan memang ramai yang hai hai ,pantang hilan mesti tefon.

Pendek kata,begitu meriah jugaklah bila kawan ramai..kat kedai kopi tak usah ceritalah..sekali telan ratusan ringgit jugalah bayarnya..tukang bayarnya siapa lagi kalau tidak aku.

Tapi akau jenis manusia yang tidak memerlukan kepada kebendaan lebih-lebih cukuplah dengan adanya kereta buruk dan lori satu tan untuk bergerak dan angkut barang-barang kerja.

Pada tahu 2009 aku ambil keputusan tidak meneruskan kerja-kerja kontrak memandangkan semakin hari aku semakin berusia,dan sampai bila aku nak buat kerja-kerja berat.

Pada Mei 2009 aku tidak lagi buat kerja-kerja kontrak,aku dah nekad tak mahu lagi.Peralatan Kerja aku jual dengan harga RM15 Ribu manakala lori satu tan aku hanya laku RM10 Ribu.

Hasil daripada itu dapatlah RM25 Ribu dan wangnya aku buka kedai Tomyam secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan harian,dan kalau ada lebih aku masuk akaun bank yang aku khaskan untuk masa depan aku yang semakin hari semakin tua ini.


Setelah aku berhenti buat kerja kontrak yang pelbagai itu,kehidupan sosial aku mula berkurangan,aku tidak lagi siang malam melepak di kedai kopi.

Nama Blog  aku ini adalah sempena nama kedai kopi tempat aku sering melepak,terletaknya pula di bandaraya Kuala Lumpur,iaitu di PUDU.

Dalam pada itu,aku perhatikan kekawan yang dulu sering bersama mula berjauhan,malah ada yang mula tidak mahu semeja dengan aku.

Aku tidak kisah,sebabnya aku sudah tahu yang manusia ini kekadang seperti ayam di tabur beras,habis beras ayam akan hilang entah kemana.

Dalam pada itu,ada juga kawan yang kini masih lagi berhubung seperti biasa,tikanya ada juga minum bersama,tapi tak ramai.

Kini kekawan yang tidak lari dari kehidupan aku,aku tarafkan mereka kepada darjat Sahabat,kerana mereka tidak pernah berubah,sama ada aku susah atau senang,namun sayang tidak ramai manusia yang mengenali aku secara dekat memiliki kelakuan seperti beberapa orang rakan yang aku darjatkan sebagai Sahabat.

Aku bersyukur,semasa senang aku,aku tidak joli dengan hasil yang aku perolehi setiap bulan itu,dengan berkat kesabaran itu,aku masih lagi hidup dengan hasil simpanan semasa lakukan kerja-kerja kontrak seperti bina rumah dan sebagainya.

Manakala kedai Tomyam aku pula cukuplah untuk aku lepas kekosongan perut dan bayar gaji pekerja,aku nak tutup kedai yang aku buka pada tahun 2010,tapi pekerja aku rayu agar simpati dengan nasib mereka ,sedangkan mereka tidak bersuami dan anak-anak pula masih bersekolah.

Hasrat untuk tutup kedai Tomyam, aku tangguhkan kerana melihat kedai itu sebenarnya banyak membantu mengubah nasib 4 ibu tunggal yang masing-masing ada 2 anak.

Untuk itu aku berpesan kepada pekerja agar sentiasa amanah kalau mahu kedai Tomyam aku terus bernafas.Allhamdulillah nampaknya kedai itu semakin hari semakin laris jualannya.

Nampaknya tahun ini,pada hujung tahun nanti,aku akan naikan gaji pekerja,kerana hasil yang bertamah itu adalah hasil dari usaha mereka juga.

Semalam 28 Jun 2014,aku bagi RM200 kepada setiap pekerja  untuk persiapan ramadhan keluarga mereka dan insyaAllah' aku juga akan bagi RM600 lagi selepas 20 hari puasa untuk mereka buat persiapan raya .

Aku buat keputusan untuk memberi wang sagu hati itu kerana akaun dari hasil kedai semakin bertambah,jadi tak salah jika aku bermurah,sedangkan apa yang diperolehi itu juga adalah hasil usaha mereka.

Dalam diam-diam aku masih tertanya-tanya mana perginya kekawan yang dulu begitu ramai,sedangkan aku masih lagi guna nombor tefon yang sama sejak dulu lagi,tapi sayang depa tak penah tefon pun.

Aku ada juga tefon mereka,tapi nombor tefon yang aku simpan itu udah tidak aktif lagi,manakala yang aktif pula ada yang tidak mahu angkat langsung,kecuali beberapa orang sahaja.


Itulah nasib aku ,mujurlah aku bukan kaki joli,kalau tidak aku ni udah pokai dan besar kemungkinan aku jadikan kaki lima bagunan di Bandar KL sebagai rumah tempat aku tidur.

Kita Cerita lain kali dalam cerita lain.






















FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:54 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan