3 hari aku bersama Ila di Hotel Ini..... |
Masa itu aku kenal dengan mek na di jalan Haji Hussein of jalan Tengku Abd Rahman Kuala Lumpur.
Pada waktu itu aku suka melepak di kawasan itu sambil makan bakso minah indo yang niaga di kawasan itu.
Pada waktu aku sedang asyik jamu selera bagi makan tengah hari aku,tetiba datang mek na beli bakso tapi dia bungkus.
Dalam dok kalut-kalut dia nak bayar,tetiba si mek na lupa bawa duit,bukan main lagilah dia tersipu malu,jadi pada waktu itu,aku dengan segera bertanya,kata mek na dia lupa bawa duit.
Jadi aku hulur mek na RM10 supaya dia dapat bayar apa yang dibelinya di warong minah indo itu.Mek na ucap terima kasih dan aku jawab,sama-sama.
Selepas aku jamu selera bakso,aku merayap dicelah.celah lorong bangunan jalan haji Hussein,dah boring aku pula masuk dalam pasar basah yang dekat dengan jalan raja bot itu.
Dah habis merayap,aku ke jalan TAR,secara tak sengaja aku masuk dalam sebuah kedai kain baju,dengan niat nak beli baju t..
Sedang aku asyik belek-belek baju yang di gantung tetiba muncul mek na dan dia bertanya nak beli baju ke bang,''aku jawab ye.
Bermula disitu aku ngorak Mek Na,,,Aku minta Nombor tefon dia dan aku bagi Nombor tefon aku.
Pada ari itu aku beli baju di kedai teMpat Mek Na kerja adalah dua helai dengan harga RM50.90sen.
Pada malamnya aku cuba hubungan no tefon yang mek na bagi aku,tak sia-sia aku call kerana mek na jawab dengan segera dan mesra.
Pada tiga hari selepas itu,iaitu hari minggu,mek Na tak kerja,,aku pelawa dia makan tengah hari di MZ Kg Baru dan dia setuju.
Di MZ aku dan mek na banyak berborak tentang kerja dan keluarga sehingga cecah dua jam jugalah.
Selesai makan dan bayar aku dan Mek Na pergi Sogo,di Sogo aku dan Mek na merayap sambil-sambil lihat apa yang berkenan di hati.
Kalau ikutkan hati,memang banyak yang berkenan tapi poket pula kurang kenyang,aku lihat Mek na asyik telek beberapa baju yang memang sesuai dengan kulit putihnya,dan aku kira juga mek na memang mahu baju itu.
Aku bertanya mek na,awak mahu ke?..jawabnya,memang saya mahu,tapi harganya mahal sangat.
Emmm,,Memang baju yang mek na ingin itu harganya RM199.90 sen sehelai.tapi memang patut pun sebab kainnya memang ada mutu tersendiri.
Aku kata,kalau nak,,,'' ambil lah saya bayar,,,Mek na kelihatan malu-malu nak mengambilnya'..,aku terus ambil baju yang digantung dan bawa ke kaunter pembayaran.
Sejak hari itu kemeseraan dan perhubungan aku dan mek na bukan lagi sebagai rakan biasa,sebaliknya sudah berbunga cinta.
Beberapa bulan selepas itu aku nyatakan hasrat hati ku,untuk jadikan dia isteri,Mek na suruh aku masuk tanya keluarganya,kerana dia masih mempunyai dua ibu bapa lagi.
Sebulan kemudian,keluarga ku masuk merisik Mek Na,tapi apa kan daya,,,keinginan ku di tolak oleh kedua orang tuanya.
Aku dan Mek na seperti biasa,masih meneruskan perhubungan cinta kasih seperti tiada apa berlaku,pada dua bulan selepas risikan aku ditolak,Mek na beritahu, Maknya telah menerima pinangan orang lain iaitu lelaki terengganu kereja di TNB.
oK JAWAB aku dalam nada sebak,aku terus berlalu tanpa menoleh lagi pada Mek na,sejak itu aku tak jumpa mek na beberapa bulan.
Aku tahu Mek Na sayang aku,tapi apakan daya upaya aku,''pada suatu hari tanpa di sengajai aku terserempak dengan Mek Na bersama seorang lelaki di sebuah kedai makan di jalan TAR.
"Kebetulan juga aku pun pegi makan di kedai yang sama,Mek na perasan aku,aku buat tak tahu demi jaga hati buah hatinya.
"Tapi Mek Na tak boleh tahan,dengan tangisan dan linangan air mata dia terpa pada aku,''aku seperti biasa dan bertanya apa khabar dan bila nak nikah.
Apakan daya,,laki yang diterima oleh ibunya itu pula naik cemburu dan cuba memukul aku,,tapi dihalang oleh beberapa kenalan aku yang sedang memerhatikan kelakuan aku dan mek na juga lelaki itu.
Aku juga memang kaki pukul,,tapi aku lebih bersabar dengan situasi semasa,,kesudahan pada hari itu mek na pulang sendiri,IAITU meninggalkan laki yang di banggakan oleh ibunya itu.
2 minggu kemudian,aku ke kedai kain baju tempat Mek na kerja,,tapi tidak kelihatan pula susuk tubuh Mek na,,lalu aku bartanya pada kekawannya.
Kata kawan Mek na yang aku gelar Ila,,,,,''Mek Na pindah kerja di tempat lain tanpa memberi tahu tempatnya.
"Aku mula syak,,Mek na sebenarnya kena paksa pindah kerja tempat lain oleh keluarganya atau si laki pilihan ibunya itu.lalu aku call nombor phon mek na,''tapi sayang sudah tak aktif lagi.
sejak itu aku tak peduli lagi hal Mek na.lebih kurang setahun kemudian kawan mek na yang bekerja di kedai baju tempat mek na kerja dulu teserempak dengan aku.
Kawan mek na yang aku gelar Ila itu bagi tahu Mek na dah nikah kira kira 2 bulan lepas dengan laki pilihan ibunya itu.
"Aku diam seribu bahasa,,aku hanya jemput Ila makan bersama aku pada esoknya untuk borak lebih panjang,dan Ila tidak menolak.
Sampai waktu yang dijanjikan di sebuah kedai makan di jalan sentul,munculah Ila seorang diri dengan mengenakan pakaian ringkas tapi menarik.
Hidangan yang aku tempah memang kesukaan kebanyakan orang malaysia...dan aku lihat Ila sungguh berselera dan aku juga begitu.
Selepas makan,,aku dan Ila mula berbual dengan berbagai cerita,dan entah macam mana Ila pula sentuh cerita pasa Mek na..
Kata Ila,dia pergi pada hari kenduri Mek Na di Gaal Pasir Puteh,Mek Na berkali kali nangis,tapi tak tahu sebabnya,mungkin dia ingat Abang(aku),Kata Ila.
Aku diam,bagi aku buat apa nak ingat kisah silam,yang pergi biarlah berlalu,kerana yang manis tidak sekali sahaja datang dalam hidup ini.
Ila nampaknya mengerti,aku sebenarnya tidak gemar dengan cerita berkaitan Mek Na,lalu Ila alihkan story lain.
Aku diam beberapa minit,,dan Ila tatap wajah aku,dan aku agak Ila faham situasi hati aku,,Aku segera panggil pelayan kedai dan membayar segala yang telah aku tempah bagi makan tengah hari aku dan Ila.
Lama juga aku tak jumpa Ila,kira-kira dua bulan lah.
Aku sendiri pun kurang lepak lagi di kawasan Jalan Haji Hussein,sebaliknya berpindah lokasi baru iaitu di kawasan Keramat.
Jodoh pertemuan tidak kemana,,entah bagaimana pula boleh pula bertemu dengan Ila di Keramat,,aduh pening aku dibuatnya.tahulah Ila dengan ramah tamahnya mempersilakan aku kerumahnya.
Rupanya Ila mendiami sebuah rumah dengan keluarganya di Keramat dekat dengan masjid.Setelah sampai kerumahnya,aku lihat seorang wanita dan lelaki yang dikira warga emas,sedang berada di laman rumah,aku salam dan bertanya khabar.
Lama juga lah aku borak-borak dengan bapa dan ibu Ila yang tak jemu-jemu melayan aku..selama berada dua jam di rumah Ila aku di jamu dengan minuman dan beberapa kuih muih yang aku pasti semuanya di buat oleh Ila.
Setelah lama berada di rumah Ila,aku minta diri untuk beransur pulang,lagipun hari sudah senja.
Perpisahan dengan keluarga Ila itu rupanya tidak lama,apabila aku dijemput oleh bapa Ila kerumahnya bagi satu majlis kenduri kesyukuran diatas kejayaan adik Ila dalam peperiksaan SPM.
Lebih kurang 6 bulan juga aku berhubung rapat dengan Ila,akhirnya timbul rasa kasih cinta pada Ila,bukan apa Ila memang gadis baik,tak banyak soal dan boleh di label sebagai tidak gatal.
Akhirnya aku luahkan perasaan pada Ila,Ila tersenyum dengan gembira dan berkata dengan jujur yang dia memang mencintai aku dalam diam,tapi dia tak sanggup berterus terang.
Pada satu tarikh yang ditetapkan,keluarga aku masuk meminang Ila,syukurlah Pinangan aku tidak ditolak lagi,sebulan kemudian aku di nikahkan di masjid Keramat,
Seperti pasangan lain,aku juga ingin berbulan madu,aku dan Ila bersetuju berbulan madu disatu lokasi di Terengganu.
Selama 10 hari aku dan Ila berada di pulau yang tak asing lagi dalam peta pelacongan negara,hari ke sebelas aku ke baNdar Terengganu dan tak lupa singgah di pasar payang,sambil itu aku dan Ila merayap di beberapa batang jalan,ataranya jalan Banggol.
Di jalan banggol aku dan Ila singgah makan tengah hari,sungguh menyelerakan apa lagi masakan kampung yang aku dan Ila santap memang kena dengan selera.
Entah tetiba,muncul Mek Na yang dah Hilang berapa lama dalam hidup aku,terkejut jugalah Aku dan Ila.
Namun Aku suruh Isteri Aku yang cantik manis itu jemput duduk sama-sama makan tengah hari,pelawaan isteri ku tidak di tolak oleh Mek Na.
Aku lihat wajah dan tubuh Mek Na tidak lagi seperti dulu malah tidak lagi se ceria seperti dulu,tapi aku tidak akan bertanya apa sebabnya.
Dalam pada itu isteri yang aku cintai berborak seperti biasa,aku pula diam seribu bahasa..
Dalam diam-dia aku lihat Mek Na curi-curi tatap wajah aku dengan penuh makna,tapi aku buat selenba badak sahaja.
"Bagi aku Ila dah ada dan cukuplah seadanya kerana Ila adalah anugerah Allah pada aku.
Dalam ke asyikan isteri aku borak dengan Mek Na,aku mohon diri untuk kekedai sebelah,aku cakap pada isteri ku,''sayang abang pegi kedai sebelah,,ok bang kata Ila.
Lebih kurang 20 minit juga aku ada di kedai sebelah yang tak jauh dari kedai makan tempat aku santap dengan isteri ku itu.
Aku kembali dapatkan isteri ku,dan aku lihat isteri aku,' Ila sedang berbual dengan Mek Na,entah apa yang dibualkan aku tak tahu.
Jom sayang,'bilik hotel belum lagi di tempah,sayang nak tinggal dibandar terengganu berapa hari,kata isteri aku,,kalau boleh 3 hari,,jawab isteri ku,,,aku hanya angguk tanda setuju.
Mek Na kelihatan terkejut,,ya lah,,bukanya dia tahu aku dan Ila dah bernikah....
Sambil Ila borak dengan Mek Na ,,aku pula buat tempahan bilik hotel melalui tefon..
Ila dan Mek Na nampaknya masih borak,,,,aku dah mula rasa bosan..
Ok sayang,, kita gerak dulu ke Batu Burok,,bilik abang dah tempah untuk 3 hari.
Hotel mana kat sana tu bang,,Tanya Ila isteri ku yang dicintai.
Kata ku,,Hotel mana lagi kalau bukan Primula Beach Hotel....ok bang...kata isteri ku.
Semasa aku dan Ila bergerak untuk ke Hotel,Mek Na mengambil kesempatan bertemu aku secara 4 mata,,di disaat itu aku lihat air mata Mek Na mengalir di pipi,entah apa sebabnya aku tak tahu.
Mek Na minta maaf di atas kelakuan keluarganya terhadap ku.dan katanya lagi,,dia tidak pernah bahagia dengan laki pilihan ibunya dan dia kini berstatus janda anak seorang.
Aku diam seribu bahasa buat seketika,aku hanya mampu berkata pada Mek Na,,setelah dia meninggalkan aku,,aku juga tidak keruan,namun Allah telah menyelamatkan aku dengan jodohkan aku dengan Ila.
Mek Na..terdiam seketika,'' Oh Abang dah nikah dengan Ila,,yaaa lah dah 2 minggu tambah ku.
Abang datang Terengganu semata-mata berbulan madu dengan Ila,beritahu aku pada Mek Na..Aku lihat esakkan Mek Na bertambah kuat,,dan aku lihat juga Ila seperti mengerti dan dia cuma perhati dari jarak yang agak jauh dari aku dan Mek Na.
Aku tanya Mek Na,Sekarang dia kerja apa..dia jawab masih kerja kedai kain baju sambil dia tunjuk kedai tempat dia kerja dan aku menoleh kearah kedai yang ditunjuknya.
Ok,,, Mek Na ..Ila sedang tunggu abang tu,,kita jumpa lain kali lah yerr.....
Setelah sampai di hotel,,aku Cerita pada Ila,,bahawa Mek Na telah jadi janda dan mempunyai seorang anak perempuan.
Jawab Ila,,,Sayang dah tahu bang..
Bang ..abang tahu tak,, Mek Na nikah dengan laki tu sebenarnya setelah dia hamil dua bulan --aku hanya mampu istighfar pada Allah.
Dan satu Pekara lagi,,Mek Na sebenarnya isteri Nombor 2...bang oiii,,,kata isteri aku..
Selama berbelas hari di Terengganu,,aku hanya mahu kasih ku terus berpanjangan,Allhamdulillah,,kini Ila masih lagi Isteri ku..biarpun sudah ada 3 anak,,Ila masih lagi cantik seperti dulu dan dialah menguruskan perniagaan kedai tomyam ku...
Mek Na dan Ila hingga sekarang tidak putus sahabat dan masih lagi berhubung seperti biasa,,sekali sekala isteri ku memberi tahu,,yang Mek Na perlu bantuan kewangan,,Aku Izinkan Ila bantu seberapa yang mampu.
Inilah yang dikatakan jodoh,bercinta dengan Orang lain tapi bernikah dengan yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan