Masej yang cuba disampaikan dengan gaya sendiri ini benar-benar berlaku kepada saudara bau-bau bacan beberapa bulan lepas.
Ahmad dan Aminah bukan nama sebenar mempunyai 2 anak perempuan berusia 18 dan 16 tahun yang masih bersekolah.
Anak pasangan ini bernama Julia dan Juliana(nama benar)dua beradik ini masih belajar di sebuah sekolah di ibu kota,kedua beradik ini dididik dengan kehiduan agama termasulah pemakian.
Kedua ibu bapa julia dan juliana memang orang kuat agama,maklumlah mereka pun berkelulusan dalam bidang pendidikan agama disebuah pusat pengajian terkemuka di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.
Tabiat buruk ibu bapa julia dan juliana suka mengata orang,jika anak jiran nya tidak bertududung mereka melihatnya seperti barangan tidak bernilai dan mulalah bercakap yang tidak enak didengar.
Penulis sendiri pernah kerumahnya,cerita mereka tidak ada lain,asyik menceritakan keburukan anak-anak perempuan jiranya yang tidak menutup aurat dan berpakaian seksi meksi dan ketat sebagainya.
Penulis tak pernah duduk lama,paling lama pun 1 jam selepas itu penulis ajak isteri pulang lah.
Pada satu masa,penulis menegurnya agar bersangka baik terhadap jiran,kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan.kata penulis,''sebab itulah Allah jadikan syurga untuk orang yang taat dan selalu bertaubat,manakala nereka pula untuk orag yang ingkar dan tidak mahu bertaubat.Tapi dia buat selemba badak.
Susah nak tegur orang cerdik pandai dan berilmu,tapi jahil pula untuk menjaga lidah daripada menjadi umpat keji diri.
Kata arwah bapa penulis,ilmu kita boleh tuntut tapi kefahaman itu Allah sahaja yang menentukan.
Oleh kerana penulis hanya taat kepada ilmu yang tahu,penulis semamangnya tidak layak untuk berdebat dengan kedua ibu bapa Julai dan Juliana.
Pada satu hari,kalau tidak silap penulis,hari tu jatuh pada hari jumaat,kedua ibu bapa julia dan juliana datang kerumah diikuti juga oleh julia.
Ringkasnya,mereka datang memaklumkan bahawa anaknya Juliana tidak pulang kerumah sudah 24 jam.
Ibu Julia dan juliana menangis tersedu-sedu ketika menceritakan apa yang terjadi.Katanya,Juliana ikut seorang lelaki naik kereta berwarna hitam dan cermin gelap.
Penulis tidak cakap apa-apa,namun dihati terdetik persoalan,apakah ini adalah balasan Allah terhadap mereka berdua yang tidak tahu menjaga lidah.
Selang beberapa hari selepas itu,penulis menerima telefon daripada bapa julia dan juliana bahawa anaknya yang hilang itu telah pulang kerumah.
Apa pun episod kehilangan anak nya yang bernama juliana itu tidak tamat disitu dan episod baru pula bermula.
Apa pun penulis tidak mahu meneruskan karangan ini dengan epsod ke dua,biarlah pembaca nilai sendiri apakah yang berlaku jika anak perempuan ikut laki bukan suami atau adik beradik.
Kisah benar ini semuga menjadi iktibar kepada penulis dan pembaca...
0 ulasan:
Catat Ulasan