Latar belakang
⦁ Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities.
⦁ Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertingggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dalam FBM KLCI sejak penyenaraiannya.
⦁ Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses menentukan prestasi syarikat-syarikat di dalam senarai tersebut.
⦁ Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.
⦁ Terdapat pelbagai indeks di dalam FBM KLCI selain Senarai 30 Terbaik, iaitu Senarai 70 Terbaik, Senarai 100 Terbaik, Senarai Hijrah Syariah dan Senarai Perladangan Sawit Asia
Situasi Semasa
⦁ Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015
⦁ Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah hampir RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu
⦁ Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 55 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan
telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.
Punca Kejatuhan Harga Saham
⦁ Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.
⦁ Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enem bulan sebelum ini.
⦁ Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada daya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.
⦁ Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012.
⦁ FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 70 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.
⦁ Kejatuhan harga MSM dan saham adalah diluar kawalan pengurusan FGV dan la ditentukan oleh kuasa pasaran.
⦁ Dakwaan Terkeluar Daripada Bursa Malaysia
⦁ Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.
⦁ FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.
⦁ Perniagaan FGV juga akan beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.
Melihat ke Hadapan
⦁ FGV akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan di peringkat domestik dan juga antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelabur kepada saham syarikat.
⦁ FGV meiihat kejatuhan harga sawit hanya bersifat sementara dan yakin kaunter- kaunter saham berasaskan komoditi sawit akan kembali menarik perhatian apabila harga komoditi berkenaan kembali naik.
⦁ FGV telah melaksanakan transformasi perniagaan untuk mencapai kemampanan operasi jangka panjang dengan mempelbagaikan operasi perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan kumpulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor ladang.
⦁ FGV juga sedang melaksanakan proses penanaman semula secara agresif bagi mencapai sasaran portfolio umur pokok kepada 60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua menjelang 2020, sekali gus menjadikan ladang FGV antara yang terbaik di pasaran.
⦁ Selain itu, FGV juga telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang mampu menjana perolehan lebih tinggi, mengamalkan program pengurangan kos di peringkat operasi dan juga menstrukturkan semula anak-anak syarikat menerusi penggabungan dan penjualan syarikat yang bukan teras serta tidak memberi pulangan.
⦁ FGV yakin, program transformasi syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan kembali menjadi tarikan sekali gus mampu kembali mengukuhkan kedudukannya dalam senarai syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan