2 hari sebelum aidiladha 2006 aku dan seorang rakan yang berasal dari Puau Pinang tidak balik Kampung sebab ringgit tak cukup..
Pada waktu itu kita orang tidak memiliki sebarang kerja tetap sebagaimana rakan-rakan lain,kami berdua menyewa sebuah bilik di kuala Lumpur tidak Jauh dengan bukit Bintang.
2 hari sebelum raya kita orang ada ringgit kira-kira hanya RM15 sahaja,cuba bayangkan berapa lama boleh bertahan dengan ringgit senilai itu.
Kita orang guna ringgit sebanyak nilai itu selama dua hari,bayangkanlah kita orang hanya beli megi dan telur..jimat cermat macam mana pun sudah tentulah tidak boleh bertahan lama.
Masuk hari ketiga iaitu,pada hari raya korban 2006 kita orang pun gi solat sunat hari raya aidiladha dimasjid negara berjalan kaki.
Jauh jugalah berjalan kaki dari bukit bintang ke masjid negara,lepas solat kita orang terasa lapar,lalu kita orang berdua pun carilah makanan,kalau-kalau ada orang letak untuk musafir di masjid.
Alhamdulillah,kita orang dapat dua bungkus nasi dan dua botol air meniral,selepas makan kami berdua berjalan kaki balik ke bilik sewa.
Pada waktu malam kami lapar,kita orang pun masak lah megi yang masih berbaki sebungkus dan telur 4 bijik,kami bahagikan megi yang dah di masak itu,alhamdulilah kenyang juga rasanya.
Kami berdua hanya minum air paip.pada hari kedua raya korban makanan langsung tak ada,apa lagi ringgit.
Saat itu kami hanya bertahan dengan meminum air paip,berapa lama sangat boleh bertahan kalau asyik minum air.
Kata kawan aku,macam mana kita nak buat,aku sangat lapar,tak kan nak mencuri,kata kawan aku.
aku sendiri pun lapar sangat sehingga rasa menggigil seluruh badan,jawab aku.
Aku kata kat dia,nanti selepas solat.kita pegilah jalan-jalan di kawasan pasar basah atau mana-mana tempat orang niaga.
Kata kawan aku,aku dah tak larat dah nak jalan badan aku gigil dah.
Aku kata,InsyaAllah lepas solat tuhan bagi kekuatan untuk kita,kita tak boleh duduk cam ni,kita mesti keluar berjalan-jalan,manalah tahu!, kalau ada orang bagi kita makan,lagipun tuhan bagi rezeki melalui tangan2 hambanya.
Kawan aku bersetuju,lepas solat zohor kita orang pergi berjalan-jalan dikawasan pasar pudu dngan niat kalau ada orang buang buah-buah rosak ditepi tong sampah,boleh lah kita pilih ambil yang elok untuk dimakan.
Benar setelah lama kami kais sampah ditepi tongmterjumpa satu plastik berisi buat apple yang separuh rosak.
Kami pun ambil dan segera menjauhi kawasan itu,tak sangka ada ada mata sedang memerhati tindak tanduk kami.
Orang itu bertanya,kamu nak buat apa ambil buah yang dah rosak,kawan aku terkebil-kebil,aku segera jawab,kami nak bawa balik cuci dan makan kerana kami lapar dah satu hari tak makan.
Orang itu berbangsa cina,dia kelu tak berkata,kata,sejenak kemudian dia pelawa kami ke kedai runcik dalam pasar itu dan menyuuh kami ambil beras,sardin,megi,ikan masing,garam,nilai keseluruhannya aku masih ingat,iaitu RM120.
Kami ambil bil,dengan niat nak bayar setelah kami ada ringgit.kami segera balik,dan terus memasak apa yang patut.selepas itu kami makan dengan kenyangnya.
Kira kira seminggu selepas itu,tuan rumah mintak sewa bilik,kami mintak tangguh,mujurlah disetujui oleh tuan rumah.
Dengan barang makanan nilai RM120 bukanya boleh bertahan lama,sudah tentu kehabisan,kami sekali lagi hadapai saat getir.
Kawan aku tetiba mengadu dia lapar sangat,aku lihat dia sudah mengigil laparnya,dan apa kurang juga aku.
Saat itu kami berdua menangis,sehingga terfikir mahu mencuri,tetiba kawan aku keluar seorang diri,,malam dia belum balik,pada pagi hari aku mencarinya disegenap tempat yang kita orang pernah lepak,tapi tak jumpa.
Aku dah tak tahan nak jalan jauh sebab perut lapar sangat,aku pun tidurlah dikaki lima dihadapan sebuah bangunan dekat dengan seven eleven bukit bintang yang tidak jauh dengan times squer.
Bila aku sedar hari dah petang,aku tengok ada bungkusan debahagain kepala tempat aku tidur,aku jamah bungkusan itu dan ianya sebungkus nasi goreng,,,aku makan tanpa peduli orang lalu lalang.
Aku balik dibilik sewa,kawan aku belum ada,hati sangat risau,pada hari kedua kehilangan kawan aku,aku dah tak tahu nak buat apa,kira2 pukul 6 petang munculah kawan aku,dan aku bertanaya kenana dia pergi,aku cari dah merata tapi tak jumpa dia.
Dia pun cerita,dia sebenarnya ditahan polis sebab mencuri makanan sisebuah pasar raya,ketika mahu keluar pasar raya tersebut beliau ditahan oleh pak guard.
Masa iru dia suri biskut,dah kena tahan kawan aku merayau agar dia dibebaskan,dia juga cerita apa sebab dia mencuri,namun segala alasan diveri tidak membuatkan dirinya dibebaskan.
Setelah dibawa kebalai polis yang tidak jauh daripada tempat kami menyewa,polis soal siasat dia,dan dia pun cerita pekara sebenar.
Polis yang soal siasat kawan aku itu diam tak terkata,kawan aku sendiripun tak sangka dia dibebaskan dengan jaminan pihak polis setelah satu malam dalam lokap.
Nilai barang yang kawan aku curi tak sampai RM10 pun,tapi salah tetaplah salah.
saat itu aku menangis dengan sikap kawan aku,aku bukan marah dengan kelakuan dia begitu sebab dia lapar,tapi aku terharu dengan kelakuannya yang sanggup melakukan jenayah kerana perut lapar.
Dengan ujian itu,selepas tiga hari kami dipanggil kerja disebuah kedai makan ala Thai,kerja itu kami mohon sebulan sebelum kejadian kami lapar.
Gaji pertama ,kawan aku pergi jumpa dengan pengurus pasar raya yang dia curi biskut dan berbincang untuk bayar ganti rugi.
Mujurlah pengurus pasar raya itu bersimpatai dan bersetuju,akhirnya laporan polis terhadap kawan aku ditarik balik.
Kami berdua bekerja dikedia tomyam tersebut selama setahun,kerja kami,akami buat dengan tekun,..
Gaji kami,kami simpan setiap bulan,lagipun kerja kedai makan,sudah tentu makan free.
Peristiwa itu terlalu pahit bagi kami berdua,sehingga kini setiap kali aidiladha kami masih bercerita peristiwa itu sambil mengenang perbuatan kami ketika keadaan lapar.
Mengenai Bil RM120,gaji pertama kami ,kami pegi cari orang yang tolong kami berdua,tapi tak jumpa,
Banyak kali juga kami cari dikawasan tempat kita orang bertemu orang itu,sampai hari ini pun kami tak jumpa.
0 ulasan:
Catat Ulasan