Akibat Cemburu Gila Babi Hampir Bercerai

Posted by

Kira-kira 2 minggu lalu sepupu aku hampir bercerai dengan lakinya akibat salah faham yang terjadi antara mereka.

Kisahnya bermula begini, sepupu perempuan aku yang dah beranak dua sejak bernikah dengan lakinya dua tahun enam bulan lalu keluar rumah dengan izin lakinya untuk kemajlis kenduri nikah kahwen di Gombak,kat lokasi mana aku tak tahu sebab dia sendiri tak bagi tahu pada aku.

Dimajlis nikah kahwen itu dia terjumpa dengan rakan satu kuliah di sebuah universiti di Selangor,biasalah kalau jumpa kawan lama,mestilah borak imbau kenangan lama.

Kawan sepupu aku itu pula laki,dah semestinya ramai lah kenalan laki dia nengok,masa dia borak isteri kawan lamanya itu ada disebelah.

Kira-kira 20 minit juga depa borak,sebelum beredar kawan lama sepupu aku tu hulur duit sebanyak RM500.masa dia ambil duit ramai yang nengok termasuk beberapa kawan laki dia.

dua hari selepas itu berita fitnah sampai pada laki sepupu aku ambil duit pada seorang lelaki yang tidak dikenali oleh lakinya.

Berperang besar jugaklah,sampai kena pukulah sepupu aku dengan laki dia,sepupu aku dah beri penjelasan duit yang dia ambil tu adalah pembayaran hutang yang dipinjam kawan lamanya semasa di universiti lagi iaitu kira-kira 3 tahun lalu.

sepupu aku bagi tahu juga,semasa kawan lamanya bagi duit isteri kawanya itu ada bersama malah siap bersalam-salam semasa berpisah.

Tapi lakinya tak caya,..sepupu aku cal aku untuk buat kira bicara pasal dia dengan suaminya,aku dan bini pun gilah cepat-cepat.

Sampai kat umah dia aku tengok pipi sepupu aku bengkak..aku tanya apa pasal.lalu sepupu aku cerita macam mana yang dah aku bagi tahu di atas itu.

Aku tengok laki dia mula gelisah,bukan apa sebab takut pada aku..dari dulu pun memang dia takut dengan aku.

Tanya punya tanya,laki dia cerita kawan dia cerita sepupu aku ambil duit dari seorang laki-laki.

Aku tanya laki sepupu aku, hang dah soal siasat kah sebab apa bini hang ambil duit dari orang lain..laki sepupu aku diam..aku naik geram,aku pun sepak sebijik ,,dia pun lari.

Pada masa sama,sepupu aku kata,kalau tak suka dia lagi,sila cerai dengan talak berapa,dia tak suka ada suami cemburu gila babi.

Pada masa itu juga bini aku suruh cal kawan lama sepupu aku datang cerita pekara sebenarnya..

Mahu tak mahu aku mintak nombor tefon kawan lama sepupu aku,,,aku pun call,yang jawab bini kawan lama sepupu aku,dan aku pun nyatakan apa yang berlaku secara ringkas,,bini kawan lama sepupu aku kata dia datang segera.

Lama juga aku tunggu,kerana dari Ampang ke Kg Baru agak jauh tambah pula jalan sesak...

kira-kira 1 jam kemudia bini kawan lama sepupu aku sampai,suaminya tidak datang kerana ada urusan diluar KL.

Katanya,dia dah bagi tahu suaminya,dan suaminya mintak jumpa sepupu aku dengan segra dan cerita pekara sebenar..

Selepas dia cerita pekara sebenar sebagaimana aku dah cerita itu,suami sepupu aku pun mintak maaf dan terus keluar.

banyak hari juga dia tak balik kerana malu dengan sikap sendiri,,,pekara itu tidak berhenti setakat itu,malah orang tua kedua belah pihak mula masuk campur demi cucu mereka.

Katanya laki sepupu aku dah balik pada 7 hari 9 2016 ,..lama juga dia menghilangkan diri , 12 hari juga.

Aku tak jumpa lagi laki sepupu aku,,sekarang ini sepupu aku dan anak-anaknya ada dirumah aku,,aku tunggu bila nak datang ambil bini dia.

Tak der cara lain dah,,kecuali orang tua yang kena hantar balik bini dia,,harap aku,memang aku tunggu dia ambil,sebab aku nak basuh sikit kepala otak berjambul dia.

Terima kasih pada bini kawan lama sepupu aku yang sanggup selesai masalah,kalau tidak.'entahlah apa akan jadi pada rumah tangga sepupu aku.




sekian kisah benar dengan ayat budak darjah 3...








FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 7:35 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan