Keluarga Mangsa MH17 Dibenar Lihat Serpihan Pesawat Itu

Posted by



Kelauarga mangsa MH17(MAS)  serta waris dibenar lihat serpihan pesawat itu yang dismpan di pengkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen buat pertama kalinya .
Serpihan pesawat berkenaan dibawa dari ukraine dengan menggunakan lapan buah trak dan tiba pada 9/12/2014 lalu
Bangkai pesawat berkenaan kemudiannya disusun dan sebahagiannya akan dibangunkan semula oleh pasukan penyiasat diketuai Belanda sebagai sebahagian daripada proses siasatan tragedi 17 Julai tahun lalu itu yang mengorbankan 298 nyawa.
Sebaik kebenaran melihat serpihan itu diberi pihak berkuasa Belanda, kira-kira 500 ahli keluarga dijangka akan hadir setiap minggu bagi melihat sendiri keadaan serpihan itu.
Silene Fredriksz-Hoogzand, bapa kepada Bryce dan teman wanitanya, Daisy Oehlers yang maut dalam nahas itu, berkata beliau akan pergi melihat serpihan itu Sabtu ini.
"Ia membawanya dekat dengan rumah. Di situlah mereka menghabiskan waktu-waktu terakhir mereka," katanya.
Sementara itu, Hans, bapa kepada seorang daripada mangsa, Elsemiek, merancang untuk datang melihat sendiri bangkai berkenaan kerana mahu tahu segala-galanya mengenai nahas itu.
Setiap bahagian dari pesawat itu kini sudah siap dilabel. Bahagian pesawat yang dianggap paling kukuh dalam proses siasatan akan dibina semula tidak lama lagi.
Serpihan yang dikumpul itu juga kelihatan sudah remuk dan ada bahagian tertentu yang sudah hangus terbakar.
Bahagian kokpit tidak ditunjukkan kepada wartawan atas permintaan pihak pendakwa. Ia adalah bukti paling penting yang diharapkan pasukan penyiasat dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Sementara itu, Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan itu memaklumkan bahawa laporan akhir siasatan pesawat itu mungkin akan dikeluarkan Oktober ini. - BBC


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 1:35 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan