Awie Disiasat Polis Pukul Isteri

Posted by

Salah atau tidak tindakkan memukul isteri sehingga cedera biarlah undang-undang  menentukan,namun aku tidak setuju tindakkan memukul bini sebagai jalan penyelesaian jika ada sedikit kekerohan berlaku dalam rumah tangga.

Kalau tak suka keran bini buat hal yang tak suka dihati,dan diri sudah tidak boleh diterima tak perlulah dipukul sebaliknya pulangkannya kepada mak bapa dia sebagaimana mengambilnya dulu.
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isteri sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.

“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin… dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau,polis sudah mengambil keterangan Awie dan melakukan siasatan terhadap penyayi itu selepas isterinya 
Rozana Misbun ,36,membuat laporan polis mendakwa dia dicederakan.

Siasatn kes itu dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun atau sebat atau dengan denda.

Semalam Kosmo melaporkan Awie mengaku memberi keterangan kepada pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan dia memukul isterinya yang merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun.
Bagaimanapun,penyayi utama kumpulan Wings itu enggan mengulas lanjut mengenai pekara tersebut sebaliknya menyerah isu itu kepada pihak polis.

Awie juga enggan mengulas mengenai tiga keping gambar yang tersebar di internet yang didakwa sebagai gambar isterinya Rozana.

Baru-baru ini sebuah akhbar mendakwa seorang penyayi rock telah emukul isterinya dihadapan sebuah Bank dekat Ampang Selangor.
Menerusi gambaran gosip tersebut nama Awie dikaitakan sebagai individu  yang didakwa terbabit dalam insiden itu.

Bagi aku,suami memukul bini sehngga cedera adalah benar benar jantan dayus,sedayus,dayusnya...

Kosmo


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:40 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan