Mahathir Boleh Gaduh Dengan Najib,Jangan Kacau Hak Kami Terima

Posted by

Kenapalah Mahathir tidak setuju dengan pembeian BR1M kepada rakyat bergaji 4 ribu kebawah sedangkan Mahathir sendiri tahu kebanyakan dari kalangan mereka berpendapatan seperti itu memang tertekan kehidupannya,

Janganlah Najib tidak dapat memenuhi kehendak untuk sebuah jambatan bengkok, hak rakyat dapat pula diungkit sebegitu rupa.apakah Mahathir tidak memahami naluri kebanyakan penerima BR1M adalah amat memerlukan bantuan seperti itu.

Bagi Mahathir kasut selipar dan baju penuh almari,tapi bagi penerima BR1M hanya ada beberapa helai itu pu tidak senilai dengan sehelai baju yang dipakai Mahatir.

Jika tidak suka Najib,janganlah cuba padam apa yang marhaen dapat daripada BR1M,Mahathir memang orang senang,anak pun orang kaya raya ada ranking dalam negara,sukarlah untuk menyelami hati orang-orang susah seperti kami anak beranak.

Penerima BR1M hanya milik kereta terpaksa bayar kerana keperluan demi keluarga,tapi Mahathir boleh belih 4 buah kereta seperti kami setahun.

Kalau cinta jambatan bengkok sangat,berbalah lah dengan Najib tapi jangan sentuh hak kami dapat semasa Najib jadi perdana menteri,dah lah zaman Mahathir jadi perdana menteri kami tak rasa secara terus bantuan daripada kerajaan memerintah.

Jumlah penerima BR1M seramai 7 juta manakala rakyat Malaysia layak mengundi 13,291,385 juta pada PRU 13.
Kalau Najib batal BR1M bacaannya pasti BN kalah,dan orang-orang seperti kami yang selalu berjimat cermat kerana pendapatan keluarga hanya cukup cukup,malah kekadang rumah sewa turut tergantung kerana keperluan lain lebih diutamakan.
Jika dilihat daripada jumlah penerima BR1M dan jumlah pengundi seramai 13,291,385 tidak mustahil BN akan tumbang pada PRU 14 jika BR1M dibatalkan kerana kritikan Mahathir dan kerajaan selepas itu belum tentu semulia semasa Najib perdana menteri,sedangkan semasa Mahathir anak beranak kami tak rasa secara langsung bantuan dari kerajaan,sebab itulah keluarga  kami pada masa itu cukup tak selesa dengan nama Mahathir.
Tapi Mahathir masih lagi rasa diri terbaik dari kalangan pemimpin negara,tapi pada masa itu internet tidak wujud malah kalau adapun hanya orang-orang kaya seperti Mahathir sahaja mampu memilikinya.
Mahathir sepatutnya bayangkan,jika internet sudah meluas dinegara ini,bolehkah Mahathir tipu rakyat dengan mengatakan semasa berlaku peristiwa berdarah Memali  beliau berada di China.
Kalau Mahathir bijak,rakyat Memali tak perlu mati,cukuplah dengan adakan kepungan beberapa hari,saat itu mereka akan menyerah kerana lapar.
Tapi Mahathir tetap sanggup melihat tangisan para isteri dan anak-anak mangsa menangis setelah bapaknya di tembak mati dalam peristiwa itu.
Tapi Mahathir hanya berpura-pura sedih untuk mengaburi mata rakyat marhaen,sebagai balasan sehingga kini BN/UMNO dibenci oleh anak beranak mangsa Memali.
Punya lah terbaiknya Mahathir,bantuan BR1M yang dierima oleh rakyat semasa Najib kononya satu pembaziran,kalau dikatakan tidak berapa sempurna penulis pulak dikatkan kurang ajar dan sebagainya.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:27 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan