Saifuddin Abdullah Sah Letak Jawatan

Posted by


Bila tidak puas hati menyelubungi diri sesiapa sahaja akan melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan bagi menunjukkan rasa protes tidak kira sesiapapun dia,sama ada menteri atau orang kebanyakan.
Begitulah juga bekas Timbalan Pengajian Tinggi,Saifuddin Abdullah telah mengumumkanpeletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM.

Beliau diberitakan telah membuat keputusan dan telah membuat pengumuman itu menerusi laman media sosial Facebook  atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.
Jelas beliau, Redzuan pada mulanya diarah meletak jawatan oleh pihak tertentu sebagai Pengarah-Pengasas Umcedel.
“Pada hari ini, beliau (Redzuan) telah tidak disambung sebagai dekan walaupun dicalon oleh pensyarah-pensyarah FSSS (Fakulti Sastera dan Sains Sosial),” katanya.
Saifuddin memaklumkan, berita mengenai perkara itu sudah disiarkan Malaysian Insider dan beliau sudah tahu mengenainya sejak awal lagi melalui Redzuan sendiri dan juga Naib Canselor UM.
“Profesor Redzuan menerima kedua-dua keputusan ini dengan berlapang dada. Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau, saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,” kata Saifuddin.
Sama ada atas dasar setia kawan atau apa sekalipun itu adalah hak individu,namun begitu ia harus dinilai oleh kita samada mahu mencontohi Saifuddin atau tidak.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:24 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan