Dikala ramai simpati dengan mangsa banjir diseluruh negeri-negeri terutamanya Kelantan,tampilah pemimpin yang dikasihi buat kenyataan yang dikira tidak memberi sebarang motivasi kepada mangsa banjir di waktu-waktu mangsa memerlukan sokongan semua pihak terutamanya dari kalangan pemimpin tidak kiralah dari pihak mana sekalipun.
Membandingkan banjir 1967 lebih teruk daripada 2014 bukan satu kenyataan yang boleh diterima oleh semua pihak lebih-lebih lagi mangsa banjir yang sedang tertekan.
TMB Kelantan,Datuk Mohd Amar Abdulah berkata,'Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.
Jika itulah kenyataan seorang pemimpin yang mengira banjir datang secara mengejut itu adalah isu,pekara yang patut ditanya kepada TMB Kelantan, mana negara didunia yang ditimpa bencana banjir besar tidak datang secara mengejut?
Persoalan kedua dan ke tiga pula,mengenai setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami,Apakah pada tahun 1967 Gua Musang dan Kuala Krai ditenggelami banjir seperti hari ini?1967 Kuala Krai dan Gua Musaang tidak berlaku banjir seburuk 2014 wahai pemimpin bernama Mohd Amar yang dikasihi.dan tujuan apa TMB Mohd Amar buat perbandingan,adakah tujuan mencari alasan untuk tidak istihar darurat?.
Mengapa TMB Kelantan buat perbandingan sebegitu rupa,sedang mengenai kos sara hidup dan peningkatan harga barangan keperluan rakyat tidak pula dibandingkan dengan tahun 1967?
Tahun 1967 rakyat Kelantan tidak seramai hari ini dan kebanyakannya pula memiliki sekurang-kurangnya 1 malah ada 2 dan tiga buah perahu untuk memudahkan mencari bekalan ternakan mereka seperti lembu.kerbau.kambing.biri-biri disamping kegunaan keluarga untuk berpindah ketempat yang lebih selamat.
Manakala Bomba dan Penyelamat pada tahun 1967 berapa sahaja yang ada di Kelantan dan peralatan juga tidak secanggih hari ini,peralatan yang canggih hari ini-pun ada mangsa banjir lambat menerima bantuan disebabkan faktor cuaca dan arus air yang deras.
Pada tahun 1967 rakyat Kelantan masih ramai jadi petani,pekebun,penternak,jadi tidak sukar untuk mendapat bekalan makanan walaupun era itu kehidupan tidaklah mewah.
Memang ada yang sukar mendapat bekalan makanan musim banjir,terutamanya beras,namun pekara itu dapat diatasi dengan kerja sama jiran-jiran sekampung dan bantuan dari pihak kerajaan.
Mohd Amar berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembangunan yang giat dilakukan termasuk kegiatan menambak tanah untuk projek perumahan, sekolah dan bangunan sehingga menyebabkan air mengalir di luar saluran yang ada.
Musim ini bukan untuk mecari sebab,keutamanya untuk memberi perhatian kepada mangsa banjir,malah korek gali macam mana sekalipun tidak akan jumpa sebab itu,kalau mahu dikaji sebabnya banjir besar 2014 di Kelantan,apakah pula sebabnya berlaku banjir besar 1967 yang TMB Mohd Amar sendiri akui,sedangkan Kelantan pada masa itu bukanya sehebat sekarang.
TMB Kelantan nampaknya kena masuk banyak kelas motivasi bagi meningkatkan jati diri supaya kenal bilakah masa sesuai untuk membuat kenyataan somborono.
0 ulasan:
Catat Ulasan