Kami di KK32 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
penyumbang penyumbang kepada mangsa banjir tidak kira dari Malaysia mahupun negara
jiran yang begitu perihatin terhadap mangsa.
Kami dari KK32 juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada
seluruh Anggota Angkatan Tentera Malaysia,Bomba dan
Penyelamat,PDRM,NGO,sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.
Kami di KK32 sendiri juga antara sukarelawan membantu mangsa
banjir di pantai timur dan tahu bagaimana rasanya bila menempuh pelbagai dugaan
semasa membantu mangsa banjir,setakat air mata mengalir melihat mangsa berebut
bahan bekalan sudah banyak jatuh kebumi.
Namun sayangnya ada pihak-pihak yang tidak bertangungjawab tuduh
pihak keselamatan sengaja melambatkan bantuan adalah pekara yang sangat-sangat
tidak boleh diterima akal.
Tahukah penyebar fitnah,angota keselamatan yang diberi
tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir tidur mereka tidak sempurna,makan
mereka juga tidak menentu,sedangkan penyebar fitnah pula hanya kerja menekan
keyboard computer dan key pad telefon selepas itu sebar,senang sungguh kerja
itu.
Kami melihat semasa perjalanan ke pantai timur untuk
membantu mangsa ada sukarelawan solat subuh dalam hujan renyai-renyai,tapi
kerja mereka yang kaki fitnah selepas solat sebar fitnah,selepas solat sebar
fitnah,itupun kalau solat,kalau difikirkan kaki fitnah mana solatpun.
Anak-anak kecil tidak takut lagi dengan sesiapapun,mereka
hanya tahu meluru mendapatkan pasukan sukarelawan bagi mendapat sedikit
makanan.
Kaki fitnah mana tahu petugas agihan bantuan dimarah mangsa
banjir kerana bantuan lambat sampai kepada mereka,namun itu semua ditelan oleh
para petugas dengan redha malah faham
situasi semasa,sedangkan para petugas juga penat,letih apa lagi tidur
yang tidak mencukupi.
Begitulah situasi yang kami tempuh dan para sukarelawan lain
juga begitu,esok 1/1/2015 dua orang rakan kami di KK32 yang menyertai satu
badan NGO yang menghantar bekalan
makanan kepada mangsa banjir di Kelantan dan dijangka berada disana selama 3
hari.
Namun pihak penyebar fitnah dilaman sosial tidak buat apa-apa
selain mengutuk kerajaan,menyalahkan orang itu,orang ini,tetapi dia sendiri
tidak berbuat apa-apa.
Dalam perjalanan ke pantai timur dengan kenderaan yang
memakan masa 21 jam untuk sampai dilokasi mangsa yang tidak berpindah.kami dari
KK32 bersama dengan sukarelawan tidak bernama menempuhi berbagai halangan,bukan
sahaja jalan yang teruk malah kayu balak melintang diatas jalan juga terpaksa
ditempuhi.
Allah maha Kuasa,semasa kami terhalang dengan kayu balak
sederhana besar,orang-orang kampung datang membantu alihkan balak yang
menghalang perjalanan kami semasa itu.
Salah seorang daripada kami pula diserang demam yang boleh
dikira teruk,namum dengan kuasa Allah dia sembuh dalam masa singkat apabila menelan beberapa
biji ubat yang dibekalkan.Ada antara kami hairan apabila rakan kami yang demam
itu cepat sembuh malah dapat membantu agihkan bantuan kepada mangsa banjir
seperti yang lain.
Kepada pembaca sekalian,sertailah mana-mana sukerelawan
menghantar bantuan kepada mangsa banjir untuk merasai pengalaman manis dalam
kepahitan.
Bayangkanlah,betapa susahnya kami semua ketika bateri
telefon kering power,kenderaan 4x4 tempat kami tambah power bateri,lagi teruk
bila masuk kawasan yang langsung tiada line telefon,bagaimana kami mahu hubungi
keluarga,sedangkan kami sudah beberapa hari tidak mendengar suara Ibu dan
bapa,isteri dan anak-anak,sahabat handai.
Internet jangan harplah,,,,macam siput babi slownya,itupun kalau ada.
Selepas pulang kerumah masing-masing,ada antara kami
memaklumkan,isterinya tidak berselera makan semasa perhubungan melalui telefon
terputus beberapa hari kerana ketiadaan line.Anak-anak pula memeluk bapanya
seperti tidak mahu berpisah.
Para pembaca,begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang saya
dari KK32 boleh kongsi dengan anda semua.
Tempat yang kami pergi adalah dearah gua musang dan Kuala Krai.
0 ulasan:
Catat Ulasan