Kelantan 14 Ribu Orang berpindah Kerana Banjir Besar

Posted by

Banjir terburuk dalam tempoh 10 tahu dikelantan kini menjadikan mangsa banjir meningkat kepada 15 ribu,002 dua orang pada jumaat lepas.

Banyak harta benda rosak akibat ditenggelami banjir yang dianggap terlalu cepat sehingga tidak sempat diselamatkan.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan daripada 14,067 orang petang tadi kepada 15,002 orang malam Jumaat.

Setakat ini 84 pusat pemindaahan banjir telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir bagi daerah atau kawasan yang mengelami banjir besar tahun ini.

Jajahan paling teruk dilanda banjir ,Pasir Mas,,Jeli,Tumpat Tanah Merah,Pasir Puteh,Kuala Krai dan di Pasir Mas jumlah mangsa meningkat daripada 7,548 kepada 7,594 dan ditempatkan di 31 pusat pemindahan banjir.

Manakala di Kuala Krai pula juga meningkat daripada 2,459 kepada 2,913 orang dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir.

Dalam jajahan Tanah Merah,jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 729  orang kepada 551 dan semua mangsa di tempatkan di 11 pusat pemindahan.

Macang pula jumlah mangsa banjir kekal seramai 362 orang yang kesemuanya ditempatkan di 8 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak banjir berlaku.
Manakal jumlah mangsa banjir di Kota Bharu pula menurun daripada 1,431 orang kepada 789 orang mereka kesemuanya ditempatkan di 7 buah pusat pemindahan banjir yang disediakan.

Pasir puteh punya Jajahan pula mangsa banjir masih lagi kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di 4 pusat pemindahan banjir.

Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 2,174 orang berbanding 859 orang pada petang tadi dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir.


Setakat pukul 8 malam Jumaat, hanya dua sungai masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.38 meter (paras bahaya 9.00 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang merekodkan bacaan 16.28 meter (paras bahaya 16.00 meter).

Buat masa ini nyawa lagi berharga daripada harta benda,,selamat nyawa terlebih dahulu harta pakat-pakat cari  lepas ni...


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:21 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan