Rakyat Malaysia Wajib Mendoakan Kesejahteraan Mangsa Banjr

Posted by

Waktu kita gembira jangan lupa ada insan lain sedang gelisah dengan apa yang menimpa mereka sebagaimana mangsa banjir di negeri2 dipantai timur,Kelantan,Pahang Terengganu yang entah bila akan selesai.

Saban detik kita terlupa masih ada mereka yang sedang berduka dengan kehilangan harta benda akibat banjir sebagaimana yang dapat dilihat gambar2 yang viral di media sosial mahupun akhbar bercetak juga media elektronik.

Semua tahu 8 jajahan di Kelantan sungguh dahsyat mengalami banjir dan jajahan Pasir Mas paling teruk ditenggelami banjir dan paling ramai mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan banjir yang disediakan oleh pihak yang berwajib.

Marilah kita panjatkan doa  kepada Ilahi agar diberi perlindungan dan dilapangkan dada2 mereka agar tabah menerima dugaan dari sang pencipta.

Semua mangsa banjir yang tidak berpindah mahu yang berpindah memerlukan perhatian semua pihak tidak kira sama ada pemimpin politik mahupun NGO dan juga individu.

Bagi yang mampu hulkan bantuan kebendaan disamping iringan doa kudus semuga mereka tabah menempuh ujian yang sangat dahsyat itu.

Untuk itu buanglah sifat fanitik kerana perbezaan politik kepartian apa lagi kita insan dalam kepayahan dan kesenangan memerlukan antara satu sama lain.

Biarpun begitu ada pihak yang tidak bertanggung jawab sanggup membandingkan jumlah bantuan daripada kerajaan memerintah negara dan kerajaan negeri Kelantan kerena berfahaman sempit malah tidak beradab dengan masalah yang dihadi oleh mangsa banjir.

Sikit banyak bantuan itu tidak perlu dibandingkan kerana sesuatu yang dilakukan adalah ikut kemampuan masing-masing.

 Ketahuilah Allh tidak kira siapa banyak menghulurkan bantuan sebaliknya Allah mengutamakan keikhlasan hamba-hamba-Nya dan itulah didikan yang kita sama-sama terima daripada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar kita supaya berakhlak dengan amalan yang kita lakukan.

Semuga mangsa banjir tabah dan redha serta sabar menghadapinya...









FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 7:55 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan