Saya Terpangil Untuk Beri Komen Berkenaan Isu PM Dalam Rangka Lawatan Kerja Ke USA.

Posted by

 Masalah jika selalu bertanggapan tidak baik.bukan apa nanti hati pula jadi busuk,saya melihat beberapa hari ini banyak pengamal media sosial mempersoalkan PM Malaysia Najib Razak apabila gambar beliau yang ditebarkan melalaui FB,Watsap dan sebagainya.

Gambar PM Najib bersama Obama menjadi bahan viral yang laris beberapa hari lalu,saya sebagai rakyat kecil,kekadang sakit hati membaca komen berkaitan gambar PM bersama Omba.

Itu gambar bersama Omaba ketika rakyat dilanda banjir,tapi gambar Najib dan isterinya juga seringkali di tohmah dengan berbagai kata-kata yang tidak melambangkan kesenangan.

Saya terpangil untuk beri komen berkenaan isu PM dlm rangka lawatan kerja ke USA.

Saya terpangil untuk memberi komen, tanpa dipengaruhi emosi, tpi secara akal yg dikurniakan Allah swt kpd sy. Banyak sungguh sy terima komen diFB & Whatsapp berkaitan PM ke USA. Pada masa sama kita menadah tangan pada Allah swt, sambil memohon doa dimakbulkan.

Arahan PM tdk sama dgn arahan kita sebagai rakyat biasa. Hatta jika PM berada dihujung dunia sekalipun, andai esok diistihar cuti, maka cutilah esok...itu kuasa seorang PM, cakapnya terpakai. Tidak spt saya & saudara. Kita cakap buat itu, buat ini, komen diFB, sindir diWhatsapp, tetapi tidak bertindak serta membantu meringankan bebanan mangsa banjir, kita lebih teruk dari PM. PM tdk membantu kita dgn batang tubuh beliau, tetapi dgn kata2 & buah fikiran beliau (Dgn izin Allah swt)

PM telah meluluskan peruntukan kpd setiap negeri yg dilanda banjir dgn jumlah RM50juta. (Permulaan) & berapa ringgit pula kita sudah menderma kpd mangsa banjir?

Adakah seorang pekerja akan goyang kaki atau ponteng kerja jika Bossnya cuti atau out station diluar negara?

Adakah PM perlu tangung guni beras dan hantar kesetiap rumah yg dilanda banjir? Apakah selama dua hari PM tidak ada diMalaysia, kerja2 kebajikan kpd mangsa banjir dihentikan? Sepatutnya dlm situasi skrg, Malaysia sdng dilanda musibah banjir, kita sebagai rakyat, mencari idea yg bernas untuk salurkan kpd pihak berkuasa, bersama2 membantu mangsa banjir... apakah kita seorang yg betul, disaat kecemasan sebegini, masih mencari salah orang? Bersihkan hati...sebelum buka mata diawal pagi...Insyaallah, hidup akan berjaya & berkat. Tapi setiap kali terbuka mata, hati sentiasa memikirkan untuk mencari kesalahan orang lain, sampai bila2pun Melayu xkan dapat pergi jauh.


Jadi fikirlah sendirilah,jika Allah tidak izinkan Najib,dan yang lainnya jadi pemimpin sudah pasti dia tidak berada dikerusi Perdana Menteri dan begitulah juga pemimpin-pemimpin dalam PKR,PAS,DAP,MCA.MIC,dan jabatan-jabatan.

Itu Najib di caci OLEH sebahagian pengamal media sosial,tidak kira pula yang bukan bernama Najib kena caci,TIDAK KIRA dari UMNO/BN mahu pun PAS dan parti-parti lain turut dicaci,macamlah diri pencaci itu betul sangat,silap-silap macam ketam.




FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:34 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan