Bantuan Banjir Tak Sampai Sebab Malas Hantar Kerumah Mangsa

Posted by

Tiada alasan jika ingin membantu mangsa banjir,banyak alasan jika tidak ingin memberi sepenuh tenaga bagi meringankan bebang mangsa banjir dinegeri2 yang dilanda banjir.

Tekan keyboard,tekan keypad boleh lah mengatakan barang keperluan mangsa banjir dibawa lari,siapa yang bawa lari sampai hari ini tiada sataupun tampil menunjukkan bukti kukuh,melainkan cakap-cakap untuk memburukkan musuh-musuh politik masing-masing tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat.

Disaat bahan keperluan rakyat kelantan tidak mencukupi di Kelantan macam2 hal pula timbul,ada yang mengatakan bekalan tidak sampai pada sasaran,jika benar berita yang bertebaran,persoalan yang perlu ditanya,siapakah yang menguruskan penghantaran bekalan kalau bukan anak-anak tempatan,kerana orang luar tak mungkin tahu dimana penjuru,dimana jalan masuk dan keluar tanpa bantuan anak-anak tempatan dinegeri2 yang dilanda banjir.

Memburukkan sesama sendiri memang perangai manusia yang jahaliyah sejak turun temurun lagi biarpun sesama bangsa,negeri ,agama.

Perbezaan politik juga menjadi punca hilang pertimbangan sehingga menuduh orang parti sebelah sana bagi bantuan hanya pada kroni dia,orang politik sebelah sana bagi kroni dia,namun itu semua perbuatan perangai jahat manusia jahil bukanya kerana menyokong mana2 parto politik.

Jika mahu kira dengan perangai jahat yang ditebar,tiada mangsa banjir yang merasa segala bantuan yang dihantar.

Penulis sendiri baru pulang dari kelantan bagi misi kemanusiaan,berita-berita tidak sahih sungguh banyak diterima,soalnya papabila minta bukti tempat dan sebagainya banyak pula dalihnya.

Saya tidak menuduh mahupun menyokong,yang menyebar berita tidak betul pula orang2 dari pil panadol kononya dacing hanya bagi pada anak beranak  sahaja.

Tidak dinafikan ramai yang tidak menerima bantuan atau agihan barangan berupa makanan,kerana pihak2 yang mengagihkan hanya lalu di jalan utama sahaja,jadi yang mana jauh daripada jalan utama tidak dapat apa-apa.

Sepatutnya para sukarelawan,NGO agihkan sendiri bantuan banjir rumah kerumah supaya semua masyarakat dikawasan ditenggelami banjir dapat merasa,kalau setakat nak lepas batuk ditangga rasanya banyaklah orang sama yang akan mengaut pemberian bantuan berupa makanan dan sebagainya,manakala yang jauh daripada jalan utama hanya dengar berita sahaja.

Allhamdulillah.kami dari Team tidak bernama agihkan bantuan banjir dengan cara hantar rumah kerumah dan disitulah dapat dengar keluhan demi keluhan mangsa yang mengadu.

Cukuplah rasanya merepek merapu pasal banjir dalam blog ni,,nanti apa yang team kami buat pula dikatakan menunjuk-menunjuk..





FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 3:46 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan