Sudah pasti rakyat negara ini terkejut dengan jumlah pelarian dan pemohon suaka dari negara Myanmar 140,590 orang.
Myanmar mencatatkan jumlah pelarian dan pemohon suaka tertinggi di negara ini.
Malaysia sepatutnya menetapkan jumlah tertentu pemohon suaka dan bukannya main sumbat sahaja sehingga menjadi beban berat.
Sedangkan pelarian ibarat dedalu yang menumpang pada dahang pokok,apa yang perlu di ingat lama kelamaan dahang pun boleh mati.
Boleh berbudi,namun kalau sudah menjadi bebanan berat apakah budi itu cukup menunjukan keluhuran kerajaan sedangkan rakyat pula seperti pengemis di tanah air sendiri..
Dah pendatang Myanmar membawa budaya yang tidak sihat malah menjadi beban yang tidak larat ditanggung oleh kerajaan,sedangkan rakyat sendiri masih mundar mandir dalam lipatan kesusahan.
Janganlah bersifat beruk dan babi dihutan dibela manakala anak di buaian mati kebuluran
Malaysia mengesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penghantaran pulang dan penempatan ke negara ketiga seramai 140,590 orang pelarian dan pemohon suaka warga Myanmar di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu perlu kerana warga Myanmar mencatatkan jumlah pelarian dan pemohon suaka tertinggi di negara ini sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial serta ekonomi di Malaysia.
"Kerajaan juga meng-gesa UNHCR untuk meneliti semula status pemegang kad pelarian sedia ada memandangkan terdapat indi-vidu yang tidak lagi menepati syarat sebagai pelarian kerana lebih meru-pakan migran ekonomi," katanya dalam persidangan di Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang mahu mengetahui jumlah pelarian berdaftar dengan UNHCR di Malaysia serta hak dan perlindungan ke atas mereka.
Berdasarkan statistik UNHCR sehingga 31 Januari lalu, seramai 151,838 pemohon suaka dan pelarian berdaftar di negara ini dengan Myanmar mencatatkan bilangan tertinggi diikuti Sri Lanka seramai 4,153 orang, Somalia (1,112), Iran (578), Palestin (451) dan Afghanistan (398).
140,590 Pelarian Myanmar Di Malaysia
Posted by CB Blogger
|
Social Media Widget SM Widgets
Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:28 PTG
0 ulasan:
Catat Ulasan