Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Sepatutnya bercakap Berdasarkan Islam Bukannya Berdasarkan Darjat Isteri Najib

Posted by

Saya tidak mahu mengkritik Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Datin Seri Rosmah Mansor pada awalnya,oleh kerana hal ini menjadi bualan dan dah viral terpanggil pula untuk mengkritik demi kebaikan jagat,sebelum pergi jauh,saya mohon ampun dan maaf kepada dua nama besar itu dan tidak lupa juga saya mohon maaf kepada  Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib jika terguris dengan kritikan saya pada isterinya.

Untuk , Datuk Seri Syed Ali Alhabshee,saya bersetuju dengan pendapat Datuk yangmana tindakkan Datin Rosmah memeluk Datuk Lee Chong Wei tidak sama dengan perbuatan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K Pop.

Yang saya bersetuju "tidak boleh disamakan"

Datuk Seri Syed Ali,apapun pandangan Datuk,bernas atau tidak berisi,disisi Islam tidak pernah membolehkan sesiapa baik lelaki atau perempuan yang tidak halal oleh hukum berlaku sebegitu rupa baik yang dipeluk cium oleh artis K Pop mahupun tukang peluk Lee Chong Wei.

Sebagai pemimpin beragama Islam sepatutnya berpendapat mengikut lunas-lunas Islam bukan berpandangan dengan membelakangkan Islam,buat apa perjuangan Datuk yang dilaungkan demi Agama,Bangsa,Tanah Air apabila tiba waktunya wadah perjuangan dizahirkan dengan najis.
Ringgit Kesyurga

Buat Datin Seri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia,saya bukan penghukum mana-mana pihak,sebagai seorang isteri kepada pembesar Negara sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan sesuai dengan agama anutan.
Jadi tidak perlulah saya keluar nas quran dan Hadis bagi membukti larangan diatas kelakuan yang telah berlaku.


"Datuk Seri Syed Ali Alhabshee “Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop".

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (HR. Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).



FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:34 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan