Kota Bharu-Majlis Agama Islam Kelantan terpaksa menutup kaunter perkhidmatan apabila diserbu oleh mangsa banjir untuk mendapat bantuan.
Mangsa banjir yang datang dari serata daerah yang terkena musibah banjir besar bagi mengisi borang di MAIK dikatakan amat kecewa apabila diberi tahu borang bantuan telah kehabisan dan kaunter pula ditutup.
MAIK adalah sebuah badan yang ditadbir oleh kerajaan Negeri Kelantan menjadi tumpuan mangsa banjir untuk mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka berikutan kebanyakan mangsa banjir hilang punca pencarian.
![]() |
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob |
KK32 hairan dengan alasan borang bantuan kehabisan yang diberi oleh petugas MAIK, berikutan statistik mangsa banjir negeri itu telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sudah mencukupi bagi pihak kerajaan negeri mengarahkan MAIK menyediakan boran secukupnya.
Berita menyedihkan ini membuatkan mangsa banjir yang datang dari jauh kecewa apabila mereka diarah pulang berikutan kehabisan borang permohonan untuk memohon bantuan,lebih malang bagi mangsa banjir apabila pegawai bertugas di MAIK juga dilaporkan melarikan diri.
Kedai Kopi 32 (KK32) memohon penjelasan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dalam masa terdekat agar berita ini tidak menjadi bahan fitnah oleh pembuat status media sosial, berikutan berita berkaitan sedang berlegar di lama media sosial hari ini,betul atau tidak.
KK32 tidak dapat mengesahkan berita ini secara tepat tapi percaya ianya berlaku,namun sejauh mana kebenarnya,sama-sama tunggu penjelasan daripada pemimpin terutama Menteri Besar Kelantan.
KK32 tidak mahu semborono menyampaikan berita yang diambil dalam media sosial berikutan kecelaruan minda para pembuat status cederong kearah politik yang tidak sihat,yakni melebihkan persepsi daripada realiti.
Allah Sahaja Yang Lebih Mengetahui
Sumber Asal
0 ulasan:
Catat Ulasan