Istilah zalim yang digunakan oleh rakyat hanya untuk kerajaan yang memerintah Negara ini sehingga sanggup berdemo kerana harga minyak meningkat 20 sen.
Hari ini rakyat Negara ini sudahpun menikmati kadar petrol dan diesel yang rendah sejak bulan lalu berikutan penurunan harga minyak dunia,namun sehingga kini masih lagi terpaksa membayar harga barang keperluan harian pada kadar harga petrol dan diesel melambung.
Jika beberapa bulan dahulu saya pernah menegur seorang peniaga kedai makan di Kuala Lumpur kerana harga segelas milo ais dikedainya berharga RM2.20 sen ,Apa jawabnya,’’susahlah sekarang mahu turun harga berikutan peningkatan harga petrol dan diesel.
Setelah harga petrol dan diesel menjunam turun,saya sekali lagi ke kedai yang sama dan oder minuman yang sama,namun harganya masih sama,sekali lagi saya komen harga milos ais dikedainya yang masih seperti harga petrol dan diesel belum turun kadar harga,’’apa jawabnya,susahlah mahu turun harga sebab pembekal barangan keperluan tidak turun harga.
Petrol dan diesel turun harga atau tidak,pengguna keperluan harian masih lagi menikmati harga tinggi dan masalah ini tidak mungkin akan selesai sampai bila-bila berikutan kedegilan para pembekal tidak mahu menurunkan harga barang.
Masa harga petrol dan diesel meningkat 20 sen dan 10 sen,para pembekal barangan keperluan turut manaikan harga 10 sen hingga 20 sen,namun apabila kadar harga petrol dan diesel menurun harga barang-barang keperluan masih lagi kekal.

Kenapa tidak mengajak pengguna berdemo supaya harga barangan keperluan dipasaran diturunkan oleh pembekal?sudah tentu puak-puak berkepentingan tidak akan lakukan sewenangnya,kerana sedar jika mereka melakukan hal begitu tidak memberi keuntungan kepada politik mereka.
Jangankan mahu berdemo,ungkapan zalim kepada peniaga barangan keperluan juga tidak berterbangan di alam maya malah jauh sekali mahu terima kasih kepada kerajaan yang memerintah Malaysia.
Akhirnya rakyat tetap dimacai oleh puak-puak yang ada kepentingan politik demi menggekalkan kuasa.
Oleh itu,tidak lain tidak bukan,kerajaan yang dituduh zalim wajib menggunakan Akta Kawalan Harga dan anti-pencatutan untuk menyiasat keuntungan yang diraih pengeluar, pengedar dan juga peruncit. Dari situ kerajaan boleh kenal pasti, barang mana yang meraih keuntungan berlebihan,agar kerajan tidak dipersalahkan sekali gus rakyat akan menikmati kadar barangan keperluan yang lebih sesuai dan sesuai dengan tekanan hidup semasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan