
PARIS-Rabu, pejabat akhbar mingguan satira Charlie Hebdo yang terkenal dengan sifat menyindir dan pernah mencetak semula karikatur Nabi Muhammad yang mana asalnya disiarkan oleh akhbar harian di Denmark Jylland-Posten telah diserang dengan raifal Kalashnikov dan pelancar roket.
Dalam serangan itu 12 orang terbunuh termasuk dua anggota polis,manakala presiden Perancis,Francois Hollande menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.
Mingguan satira Charlie Hebdo menjadi terkenal setelah mencetak semula karikatur menghina Nabi Muhammad pada Februari 2006.
Pejabat akhbar itu hanya diserang oleh 2 lelaki yang bersenjata Kalashnikov dan pelancar roket' penyerang menyerbu pejabat akhbar itu yang terletak ditengah Paris dan berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan,setakat ini dua penyerang tidak dapat dikesan sama ada masih hidup atau sudah mati.
0 ulasan:
Catat Ulasan