Hard Power adalah bentuk propaganda yang lebih menojolkan kekerasan,serangan bersenjata pengecualian,sabotaj,boikot kata-kata yang merangsang kebencian dan pemusuhan serta tidak mengendahkan etika dan sopan santun,ia melebihkan daya pemusnah dan mengakibatkan persaingan negatif, pertembungan kepentingan,sifat kebencian dan pemusnahan.
Oleh:Budiman Mohd Zohdi
Propaganda ini juga mempamerkan kekerasan dalam melaksanakan sesuatu tindakan
Dalam konteks politik dan ketenteraan,mengambarkan kekuatan dan kebenaran bertindak merupakan satu propaganda yang penting bagi mencegah serangan atau kemusnahan ke atas mana mana kepentingan.
Misalnya,propaganda kekuatan,kepentingan,kecekapan dan keberanian perisikan dan tentera Amerika Syarikat yang disebar melalui filem filem Holywood atau tindakan ketenteraan dan ekonomi telah menimbulkan stigma dan kesan psikologi kepada negara lain atau kepada pengganas untuk bertindak keatas negara tersebut.
Antara kejayaan propaganda jenis ini ialah tindakan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang telah memberi tekanan psikologi kepada Jepun sehingga akhirnya kuasa dari Negara Matahari Terbit itu menyerah kalah di semua kawasan dijajahnya dalam Perang Dunia Kedua.
Sungguhpun kejayaan propaganda mengenai kekuatan Amerika Syarikat dari semasa ke semasa dicabar oleh beberapa pihak seperti Vietcong pada 1960-an,dan al-Qaeda sejak kebelakangan ini,namun ia merupakan tindakan tepencil dan tidak memberi kesan kepada psikolgi kekuatan Amerika Syarikat.
Propaganda kehebatan dan keagungan kuasa besar ini yang telah lama dibentuk oleh propaganda gaya kasar negara tersebut sama ada secara realiti atau melalui Hollywood,seakan tidak tergugat oleh tindakan-tindakan tesebut.
Propaganda gaya lembut atau soft power merupakan kaedah pembujukan,Ia lebih kepada kemampuan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dengan mengajak dan menagih simpati orang lain sehingga mereka bersedia secara sukarela untuk menyetujui keinginankita dan melakukan tindakan yang sesuai dengan keinginan itu.
Soft Power adalah bentuk propaganda yang lebih menonjolkan kekuatan budaya,diplomasi yang penuh persahabatan serta kerjasama yang menjunjung etika dan sopan santun.Dalam konteks pendekatan pembujukan,propaganda lembut bermaksud penerapan berbagai bagai cara seperti aset ekonomi,hubungan dagang,kesukanan,hiburan,taraf hidup,media massa,kemasyarakatan kebudayaan dan pendidikan.
Satu hal yang menarik dalam soft propaganda adalah daya konstruktifnya iaitu menampilkan kata-kata yang menenangkan dan menghindarkan semangat kebencian,kecurigaan dan pergolakan.
Ia mengutamakan aspek pencerahan dan mampu menarik minat banyak pihak untuk membina semangat kerjasama.
Berdasarkan semua huraian di atas jelaslah bahawa propaganda adalah suatu komunikasi yang berkait rapat dengan kaedah pemujukan.
Propaganda adalah proses menerapkan informasi untuk mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang atau kelopok masyarakat dengan penyebaran ideologi atau doktrin.
Sebaiknya propaganda mesti berupaya mempengaruhi orang ramai sehingga mereka bersedia melakukan tindakan sebagaimana dikehendaki,melalui kata-kata tanpa menggunakan paksaan atau kekerasan.
Propaganda adalah proses menerapkan informasi untuk mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang atau kelopok masyarakat dengan penyebaran ideologi atau doktrin.
Sebaiknya propaganda mesti berupaya mempengaruhi orang ramai sehingga mereka bersedia melakukan tindakan sebagaimana dikehendaki,melalui kata-kata tanpa menggunakan paksaan atau kekerasan.
Oleh:Budiman Mohd Zohdi





0 ulasan:
Catat Ulasan