Perjalanan kami dari Selangor ke Kelantan memakan masa lebih kurang 15 jam sungguh memenatkan,namun begitu kami tidak terus rehat kerana barang-barang dari lori harus di turukan terlebih dahulu.
Hari esoknya kami pepagi lagi bersedia dengan beberapa kenderaan 4x4 dan pajero untuk di isi dengan barang2 yang akan dihantar kepada mangsa banjir dengan cara agihan rumah kerumah.
Allhamdulillah,mangsa banjir memberi kerja sama baik dan lancarlah tugas kami menyampaikan sumbangan pintu ke pintu rumah mangsa biarpun kekadang ada halangan namun kami tempuhi juga.
Pada hari pertama agihan sumbangan kepada mangsa banjir memang memenatkan,apa tidaknya jika jalan yang kami lalui penuh dengan lumpur dan kenderaan kami juga sering tersangkut akibat jalan rusak.Jadi pada hari pertama kami habis tugas sukarela pada jam hampir 8 malam.
Pada hari kedua,pula kami selesai lebih kurang sama dengan hari semalam..dan pada hari kedua jugalah segala sumbangan yang kami bawa mesti dihabiskan,
Masyarakat setempat khasnya kenalan juga ada menyumbang kepada mangsa banjir dan mereka juga turut membantu kami terutamanya menjadi juru pandu arah dikawasan terlibat dengan banjir,jika tidak dibantu oleh masyarakat tempatan pergerakan kami pasti bertambah sukar.
Hanya Allah sahaja membalas jasa baik mereka diatas segala pengorbanan,pengorbanan pula bukan sahaja tenaga,malah rumah juga turut di izin untuk team kami tidur.
Bukan setakat rumah malah kenderaan mereka juga turut dikorbankan untuk kami bagi memudah malah mempercepatkan kerja agihan sumbangan yang kami lakukan
Itulah hakikat bersatu teguh bercerai roboh,jika tidak berlaku kita tidak akan faham makna dan isinya.
Mangsa banjir begitu gembira apabila melihat team kami datang dengan sumbangan yang tidak seberapa namun cukup untuk mereka rasai betapa mereka sebenarnya tidak keseorangan menempuh kesukaran akibat banjir besar yang melumpuhkan segala punca pendapatan walaupun hanya seketika tetapi cukup memeritkan.
Beberapa orang dari team kami pula kena keracunan makanan serta deman namun ianya tidak melemahkan semangat untuk terus membantu mangsa banjir.
Buat masa ini team kami dari Selangor sedang merancang untuk menyumbangkan dapur masak kepada mangsa banjir di Kelantan jika di Izin Allah.InsyaAllah pada bulan 2 nanti.
Namun perancangan manusia sudah pasti tidak sehebat perancangan Allah,namun kami yakin jika ada kesungguhan dan kemahuan pasti akan berjaya,kerana Allah suka hamba-Nya berlaku baik sesama hamba.
Para pembaca sekalian,Doakan team kami agar apa yang dirancang menjadi kenyataan...
0 ulasan:
Catat Ulasan