Biarlah nak kata apa pun,Selangor tetap tidak akan kembali kepada UMNO,kata seorang rakan yang dikenali ketika bercerita keadaan parti orang Melayu yang di cintainya.
Masalah utama dalam UMNO tidak dapat di lengsai dengan baik jika ada pergeseran antara pemimpin dalam bahagian dan cawangan.
Tidak ngam dengan ketua bahagian juga satu hal,dan sebab itulah menjadikan Umno bercabang-cabang kerenah walaupun masing-masng mahu berjuang demi masa orang depan Melayu dan pari.
Terus dengan cerita dan perasaan kesal,hari ini ramai yang kata,jika Noh Omar tidak berundur diri dari terus menerajui Umno Selangor,UMNO akan dilihat lemah dan longlai daripada terus aktif seperti zaman kegemilangan dahulu.
Jika dilihat ada benarnya,Umno Selangor hari ini sejuk ketahap beku sunyi daripada program bersama rakyat,kalau ada pun sekali sekala,macam tidak bersungguh mana.
Pendapat penulis,masalah ini tidak boleh di bebani kepada Noh Omar seorang,kerana setiap bahagian ada ketua,puteri,wanita pemuda dan ketua bahagianlah harus memainkan peranan peting dan tidak bersikap pilih kasih dengan pemimpin dibawahnya.
Jika semua bahagian di Selangor tidak melakukan gerak kerja sebagaimana yang dimahukan oleh hasrat transformasi yang sering dilaungkan,tukarlah 10 kali Noh Omar sekalipun beku tidak akan mencair jika dilihat pada keadaan sekarang.
Keselesaan wakil rakyat,Pakatan Rakyat Selangor boleh dilihat secara jelas apabila banyak jalan kampung dan jalan dikawasan perumahan rosak tidak dipedulikan.
Pemimpin No 1 Selangor iaitu MB yang bernama Azmi Ali dilihat hanya hangat-hangat tahi ayam ketika baru bermula pegang jawatan MB sahaja,manakala jalan raya anya diutamakan dikawasan bandar sahaja.
Mereka boleh janji bulan dan bintang namun tunainya hanya sedikit,ini kerana tiada pihak yang memberi tekanan hebat sebagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat memberi tekanan kepaa BN semesa mereka jadi pembangkang Selangor.
Umno Selangor sepertinya tidak cukup kewangan dan jentera sehingga permasalahan yang menjadi rungutan rakyat hanya mampu bersuara di dada akhbar.
Sekarang ini,medium penghebahan cukup banyak bukan sahaja FB dan blog malah youtube juga menjadi pilihan masyarakat negara ini mencari maklumat.
Tapi sayangnya Umno Selangor tidak melihat kearah itu sebagai pekara yang penting untuk di manfaatkan untuk hebahan bahawa Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya masih tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat.
Permukaan jalan yang pecah tidak dibaiki dengan sempurna,lokang yang tersumbat tidak diselengara dengan baik,sampah tidak diangkut mengikut jadual banyak berlaku di setiap kawasan.
Ahli UMNO sendiri pun sudah bosan dengan kebekuan yang berlaku pada parti mereka kerana pemimpin di peringkat negeri dan bahagaian juga cawangan hanya sibuk berpolitik,malah masalah sebenar yang patut di lakukan tidak pula dipeduli.
Rata-rata tahu masalah kemudahan awam di Selangor hari ini tidak diselengara dengan baik,tapi wakil rakyat dari Pakatan Rakyat boleh tidur lena malah ceramah pula asyik memburukan Kerajaan Pusat.
Sepatutnya Umno negeri Selangor melihat kedepan bahawa Umno masih kuat dan kukuh,tetapi jika terus beku seperti hari ini,harapan untuk menerajui Selangor Pada PRU 14 nanti memang hitan melegam.
Dalam keadaan Sejuk Dingin sekarang,orang orang UMNO kahasnya para pemimpin umno negeri masih bercakap tidak mahu kalah seolah-seolah Selangor masih di perintah UMNO.
Keris Jentayu
0 ulasan:
Catat Ulasan