Lidah belit PRO Pakatan Rakyat mendakwa bekas perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad gesa membatalkan GST(Cukai Barangan dan Perkhidmatan) atau bakal kehilangan kerajaan pada PRU 14 dilihat sebagai satu usaha propaganda halus untuk melemahkan Kerajaan yang diterajui Najib.dakwaan itu adalah tidak tepat daripada maksud asal sama sekali,begitupun ia dilihat mampu mengelirukan rakyat yang buta maklumat.
Menjadi Viral di media digital "Batalkan GST atau hilang undi" yang dipaparkan oleh Malaysiakini merupakan kenyataan"mislead".Apa itu mislead,mislead dalam bahasa mudahnya mengelirukan,salah mengerti.
Apa yang cuba digambarkan oleh Mahathir,beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem cukai yang di guna pakai oleh 160 buah negara di seluruh dunia.
Mahathir juga cuba memberi tahu pada rakyat,jika rakyat merasa terbeban dengan cukai sedia ada,maka rakyat boleh bagi tahun kepada kerajaan agar tidak mengenakan cukai lain lagi.Jika kerajaan yang ada hari ini(BN) tidak mendengar rintihan rakyat dan masih mengenakan cukai lain,rakyat boleh tukar kerajaan (BN yang sedia ada kepada kerajaan baru melalui proses demokrasi(Pilihan Raya Umum) dan Mahathir sebenanrnya faham dan melihat kepada realiti GST perlu dilaksanakan.
Beliau hanya berkata jika rakyat tidak berpuas hati dengan sistem cukai yang agak menekan mereka, rakyat boleh memberitahu kerajaan bahawa jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kenakan cukai lain lagi kami tidak akan mengundi anda lagi.”
Langsung tidak ada dalam kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika kerajaan terus melaksanakan GST.
Pandangan Mahathir,beliau hanya tidak mahu rakyat dikenakan cukai berlebihan,namun begitu kita sebagai orang awam patut tahu bahawa kerajaan yang diterajui Najib telah pun mengumumkan pengurangan beberapa cukai lain bagi mengimbangi pengenalan sistem GST ini.
Pada pengumumkan bajet 2015 yang dibentangkan pada Oktober 2014 lalu,perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib
Dalam Bajet 2015 juga struktur cukai pendapatan individu telah disusun semula bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat.
Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum pula dikurangkan sebanyak 2 % daripada 28 % kepada 26%.
Sementara itu, cukai syarikat pula turut dikurangkan sebanyak 1% kepada 24%.
Bagi syarikat kecil dan sederhana pula dikurangkan daripada 20% kepada 19% berkuatkuasa tahun taksiran 2016.
Kepada semua yang budiman,bacalah sedikit bahan bacaan yang berkualiti,agar kita dapat mengimbangi setiap berita yang belum tahu betul dan salahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan