Muftinya, Tan Sri Dr.Harussani Z a k a r i a berkata,fatwa tersebut t e 1 a h d i b u a t pada 23 Februari lalu selepas persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 pada 21 hingga 22 Oktober lalu berkaitan isu umat Islam Malaysia yang berjuang atas nama Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Bagaimanapun, ia masih belum diwartakan kepada umum selagi tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. "Fatwa sudah dibuat, tetapi belum digazetkan. Ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah untuk mendapatkan persetujuan baginda. Apabila sudah mendapat perkenan, ia akan dihantar pula kepada Penasihat Undang-undang untuk diteliti setiap perkataan dan didraf semula.
"Kemudian ia akan dihantar sekali lagi kepada Sultan Perak untuk ditandatangani. Ia perlu dilakukan dengan betul mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini kelmarin. Pada 5 Mac lalu, Kosmo! melaporkan, dua rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS disyaki bersubahat memenggal kepala seorang tahanan kumpulan itu di Raqqa, Syria pada awal tahun ini.
Dua rakyat tempatan itu dikenali sebagai Mohd. Faris Anuar, 20, dari Gurun, Kedah dan Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 25 berasal dari Durian Tunggal, Melaka.
Kumpulan IS yang terkenal kerana memenggal kepala tahanan kini berjuang di Iraq dan Syria bagi menubuhkan sebuah negara yang ditadbir mengguna-kan sistem pemerintahan khalifah.
Harussani berkata, IS merupakan sebuah kumpulan penjenayah yang memperalatkan nama Islam untuk mencari pengaruh dalam kalangan umat Islam.
"Nabi Muhammad SAW sen-diri semasa peperangan mela-rang perbuatan membunuh orang tua, kanak-kanak, perem-puan dan orang yang berada di biara, kuil, gereja, tokong atau rumah-rumah ibadat," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, tindakan IS bertentangan dengan aja-ran Islam selepas kanak-kanak, perempuan dan golongan tua turut disembelih oleh militan IS.
"Perbuatan (menyembelih tahanan) lebih buruk daripada syaitan. Itu bukan daripada ajaran Islam," ujarnya.
Justeru, katanya, Harussani meminta ibu bapa dan pelajar memahami maksud sebenar pe-nubuhan kumpulan itu dan tidak terburu-buru untuk berjuang atas nama Islam serta mengejar mati syahid.
"Perbuatan mereka ini tidak akan mati syahid. Golongan itu akan mati katak. Matinya adalah seperti matinya seorang penjenayah," katanya.
Beliau berkata, keghairahan umat Islam untuk berjihad di Iraq dan Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut hukum syarak.
0 ulasan:
Catat Ulasan