![]() |
hiasan |
Sudah lama tidak update apa-apa diblog ini berikutan kesukaran mendapat berita dari sumber sendiri.
Kali ini KK32 mahu cerita sedikit berita mengenai seorang sahabat berasal di Sungai Padi Thailand yang ditembak mati ketika berada diwarong.
Pada waktu berita kematian diterima,KK32 berada di Pekan Rantau Panjang Kelantan,dengan berat hati KK32 menyeberangi sungai Golok secara haram dengan menggunakan perahu.
Kira-kira 3 jam kemudian KK32 sampai dikediaman rakan yang kena bunuh,maklumlah yang mengenali KK32 hanyalah rakan yang telah arwah di bunuh oleh orang yang tidak dikenali.
Pada awalnya jadi bisulah KK32,mujurlah ada seorang pakcik sekitar 70-an usianya telah bertanya,peluang inilah KK32 mempekenalkan diri.
Ringkasnya,ketika KK32 mohon izin daripada keluarga terdekat mangsa bunuh untuk melihat jenazah,jelas kelihatan bahagian muka pecah dan leher pula seperti kena sembelih.
Mengikut cerita daripada adik mangsa ,sebelum kejadian abangnya keluar rumah bersama seorang rakan yang juga tetangga untuk minum kopi.
"Pada waktu kejadian jam menunjukan pukul 11:30 pagi waktu Thailand.Ketika berada disebuah warong dengan beberapa rakan lain,abangnya di tembak dari belakang dalam jarak yang tidak diketahui dan pada waktu kejadian tidak sesiapa yang nampak kelibat pembunuh.
"Tembakan kena dibahagian kepala dan mangsa jatuh dari kerusi dan gelepar kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Tambah adik mangsa lagi,pada waktu kejadian ramai juga berada dalam warong,hairanya tidak siapa yang nampak pembunuh.
"Lihat daripada kuasa tembakan ramai berpendapat abangnya ditembak dari jarak jauh dengan mengunakan sniper yang sering kali membunuh rakyat Islam Thailand.
Kita di Malaysia berebut mahu kuasa,kekayaan namun tidak pula mahu alirkan rasa bagaimana payah jerihnya umat Islam berada dinegara bergolak.
0 ulasan:
Catat Ulasan