Tuduh Beli Tanah Nak Selamat 1MDB

Posted by

Tiga hari ini kecoh dengan Lembaga Tabung Haji seolah-olah berlaku penyelewengan dan para pendeposit  hilang depositnya.

Selagi dividen dibayar dan deposit tidak hilang ,para pendeposit tidak perlu risau dengan spekulasi sedang gagah berterbangan.

Lagi pun Lembaga Tabung Haji telah menegaskan keputusan untuk membeli tanah seluas 0.63 hektar bersamaan dengan 1.56 ekar beharga RM188.5 juta dalam pusat kewangan Tun Razak Exchange(TRX) adalah keputusan pelaburan jangka panjang bukanya untuk menyelamat 1MDB sebagaimana diterima oleh sesetengah individu yang suka kepada spikulasi daripada fakta.

Suka menerima dan mengambil berita dengan bahan yang tidak berkualiti dan sukar difahami juga sebagai penyebab timbulnya persepsi buruk terhadap sesuatu isu yang berlaku.

Kena faham,hari ini rata-rata melihat 1MDB dengan keburukan walaupun kebaikan tidak terhitung.

Apabila keputusan Lembaga Tabung Haji membuat keputusan membeli tanah dengan nilai RM188.5 juta di TRX sudah tentulah spekulasi tercipta malah dikaitkan tujuan pembelian tanah seluas 1.56 ekar untuk menyelamatkan 1MDB.

Lembaga Tabung Haji sudah banyak membeli asset sebelum ini namun tidak pula timbul spekulasi untuk menyelamatkan mana-mana syarikat pelabuaran atau individu yang menjual asetnya kepada Lembaga Tabung Haji kerana pada masa itu 1MDB tidak wujud lagi.

Dakwaan sebuah blog  dengan menyertakan dokumen kertas cadangan,bahawa syarikat pelaburan kerajaan, lMDB telah menggunakan dana Tabung Haji untuk membantunya menyelamatkan agensi itu dari­pada beban hutang yang besar,adalah palsu malah dilihat unuk memburukkan 1MDB sekali gus memburukan imej Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak.

Jika pembelian tanah itu adalah alasan bagi menyelamatkan 1MDB yang dilongkangkan sebagai sebuah syarikat pelaburan banyak hutang,bagaimana pula dengan pembelian asset lain atau serupa oleh Lembaga Tabung Haji sebelum membeli tanah seluas 1.56 ekar.


Dakwaan

Sesiapa pun boleh buat dakwaan,namun dakwaan seseorang yang melihat tikus makan besi harus diambil kira benar atau tidak terlebih dahulu,kerana tidak pernah berlaku sekumpulan tikus hidupnya memakan besi.

Oleh itu,jika ada dakwaan harus dirujuk atau bertanya kepada yang berkaitan dengan mana-mana individu,syarikat dan pertubuhan yang dikaitkan dengan dakwaan.

Jika mengambil jalan menerima spekulasi dengan corakan persepsi sudah tentulah perasaan tidak puas hati tidak boleh hilang ibarat penyakit yang tidak ubat penyembuh.



Pembelian tanah


Sebagaimana telah dijelaskan oleh pihak Lembaga Tabung Haji,Pembelian tanah seluas 1.56 ekar bernilai RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun

Nilai pasaran semasa tanah seluas 1.56 ekar yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji RM194 juta bersamaan RM2,700 bagi satu kaki persegi,dan sebelum dijual beli telah dinilai oleh badan penilai bebas professional.


Diskaun

Berlaku dimana-dimana selepas perundingan dilakukan antara penjual dan pembeli,setelah kedua pihak bersetuju, barulah transaksi jual beli dilakukan.

Jika kepasar borong.setiap hari kita mendengar tawar menawar anatara pembeli dengan penjual walaupun hanya sekilo ikan masin.



Jadi, tidak timbul tanah yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji dengan harga selepas diskaun itu untuk menyelamatkan 1MDB.Hanya orang-orang yang suka kepada spekulasi sahaja menerima sebab itu



Meracang bina kediaman 40 tingkat

Lembaga Tabung Haji bercadang malah sudah meracang akan membina kediaman 40 tingkat dengan nilai pembangunan sebanyak RM828 juta dalam tempoh tiga tahun,manakala unjuran pulangan hasil 27% atau 9% setahun.

Persoalan yang timbul disini,adakah Lembaga Tabung Haji itu di isi dengan orang Melayu Islam,maka timbul hasad dengki.

Bangsa lain bina ratusan bangunan tidak pula diambi kira,Lembaga Tabung Haji pula perlu didengkikan kerana tidak masuk perut mereka.

Mengikut anggaran TH Proper­ties, nilai pembangunan kasar (GDC) ialah kira-kira RM462 juta bagi mendirikan projek kedia­man itu, menjadikan keseluruhan kos yang ditanggung termasuk pembelian tanah berjumlah RM650 juta.


Kenapa jadi isu.

Pihak yang menjaul tanah kepada Lembaga Tabung Haji kini menjadi perhatian dan sudah tentulah selaut kasturi ditabur tetap dikatakan busuk.
Mengapa jadi begitu,sebab hidung dan hati pendengki sentaiasa busuk,mana mungkin hidung dan hati busuk akan sentaiasa damai dengan taburan kasturi.




Pembelian Signature Tower

Dakwaan blog hanyir,bahawa Lembaga Tabung Haji telah membeli  Signature Tower (Fasa 2) seperti yang didakwa juga tidak betul sebagaimana dakwaan pembelian dua lot tanah di TRX.


Laporan Polis



Telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 3:24 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan