Bermadu
memang pahit serta sukar diterima kebanyakan wanita dan igauan
pastinya lebih ngeri apabila menge tahui mereka bukan sekadar isteri
kedua, ketiga atau ke -empat, tapi sebenamya yang kelima.
Itu dialami dua wanita yang kini kebingungan selepas ditipu dan
dianiaya suami masing masing, na mun gagal mendapat pem bclaan kerana
perkahwinan yang dibuat di selatan Thai land tidak didaftar semula di
Malaysia.
Mangsa Pertama
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 34, berkata, lebih
membingung-kan anak pcrempuannya yang kini berusia setahun ti dak
dapat didaftarkan seba gai anak sah taraf kerana sta -tus perkahwinan
mereka yang tak diiktiraf di Malaysia.
Maya yang juga mualaf berkata, suaminya yang juga seorang pegawai
kerajaan di nikahinya pada Disember 2013 kini langsung tidak
mempedulikan nasibnya dan dia ibarat 'digantung tak ber tali'.
"Suami kini langsung tidak mempedulikan saya dan anak serta
langsung tidak memberikan nafkah," ka tanya.
Maya berkata, pada awal perkenalan dia memang tahu suaminya sudah ber
isteri, namun bersetuju bermadu kerana menyangka dia isteri kedua
sebelum mereka berkahwin di Narathiwat, Selatan Thailand.
Bagaimanapun, kata nya, selepas beberapa bulan berkahwin, dia
dihubungi empat wanita yang mendakwa mereka isteri sah ke pada
suaminya itu.
"Saya terkejut apabila menyedari saya selama ini ditipu.
Rupa-rupanya saya isteri kelima. Akibat nya, saya dan suami bergaduh
besar sebelum saya ditinggalkan," katanya yang kini '
menumpang di rumah ibunya yang bukan Islam kerana tiada lagi tempat
untuk berlindung.
Maya berkata, setiap kali dia cuba menghubungi suaminya, lelaki itu
langsung tidak menjawab panggilan telefon, menjadikan amat mustahil
untuk mereka berjumpa dan mencari jalan penyelesaian.
"Saya cuma mahu selesaikan perkara ini secara baik. Saya
mahukan perkahwinan kami didaftarkan di negara ini supaya anak perempuan kami boleh didaftarkan untuk mendapat sah taraf.
Menurut wanita itu, dia sudah merujuk masalahnya kepada Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), namun agensi itu tidak mampu
menyelesaikan masalahnya disebabkan perkahwinan tidak didaftarkan.
Seorang lagi mangsa suami 'kaki kelentong' yang mahu dirinya dikenali
sebagai Zura, 38, pula mengalami nasib lebih malang kerana suaminya
turut meninggalkannya dengan belenggu hutang.
Zura yang mendakwa sudah tiga tahun dia digantung tidak bertali
berkata, dia berkahwin pada 2011 selepas berkenalan dengan suaminya
melalui laman sosial Facebook (FB).
"Pada awal perkenalan, dia memberitahu dirinya berstatus duda
dan sikapnya yang prihatin kerana se ring menziarahi saya dan ke
luarga selain selalu meng hulurkan wang menyebab kan saya jatuh cinta
pada nya," katanya.
Menurutnya, dia kemudi an bersetuju untuk berkahwin di selatan
Thailand selepas lelaki itu mendakwa cara itu lebih murah dan cepat.
"Selepas berkahwin, saya membuat pinjaman bank sebanyak
RM50.000 atas nama saya untuk membantu perniagaannya. Malah, saya
turut membelikan kereta untuknya.
"Bagaimanapun, hati saya hancur selepas dihubungi wanita yang
memberitahu dia seorang daripada empat isteri suami saya," katanya.
Zura memberitahu, ketika itu barulah dia sedar punca utama kenapa
suaminya berkeras mahu bernikah di negara jiran selain enggan
mendaftar pernikahan di negara ini.
"Memang menyesal, tapi sudah terlambat, ketika ini saya hanya
meneruskan hidup bekerja untuk membayar hutang dan membesarkan
anak angkat saya. Dia hilang entah ke mana.
"Apabila saya siasat, seorang isterinya memberitahu lelaki itu
gemar menipu wanita untuk mendapatkan wang dan saya mangsa terbaru,"
katanya yang mem buat laporan kerana ditipu di Balai Polis Shah Alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan