16 September sekali lagi mencatat
sejarah besar negara... jika 52 tahun yang lalu, tanggal tarikh yang sama,
menjadi saksi penyatuan antara Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak membentuk
negara Malaysia tercinta, hari ini, seluruh umat Islam bangsa Melayu khususnya
telah membuktikan solidariti mereka, berkumpul dan berhimpun secara
besar-besaran di bumi bertuah, Kuala Lumpur di dalam himpunan yang dikenali
sebagai Himpunan Rakyat Bersatu @ Himpunan Baju Merah @ Himpunan Pertahan
Maruah Melayu @ Himpunan 916...
Ini bukan soal rasis atau cuba membangkitkn isu perkauman... ini soal
maruah dan hak yg kian hari kian tercabar... mana ada manusia yang mahu hidup
di bumi yg bergolak, melainkan terpaksa dan tiada pilihan... sudah menjadi
fitrah manusia yg mahukan kedamaian, keamanan dan kebahagian... begitu jugalah
halnya dengan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia...
58 tahun sejak merdeka rakyat Malaysia berjaya harungi kehidupan dengan
penuh harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain... sekalipun
pelbagai dugaan melanda, dari sudut ekonominya, hubungan sosialnya dan bermacam
lagi, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh bijaksana dan berhemah...
13 Mei 1969 telah mencatat sejarah hitam negara apabila anasir komunis yg
dianggap telah gagal menyerang dan menguasai bumi Malaysia dengan senjata
secara gerakan gerila telah mengubah kaedah pendekatan dengan cuba untuk
mempelopori pemikiran rakyat melalui politik...
Melalui platform beberapa parti politik yg cauvinis, mereka hampir berjaya
menggerakkan racun agenda perkauman dan hasilnya mereka berjaya memenangi 1
kerusi dalam PRU 69 di Kuala Lumpur...
Menggunakan alasan 'Perarakan Mayat', mereka telah berkumpul beramai-ramai
dan mula berarak di sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kejayaan kecil yg
dianggap besar bagi mereka sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbentuk
provokasi yg melampau dan penghinaan tanpa kiasan terhadap umat Islam bangsa
Melayu...
Bertitik tolak daripada situlah maka meletus pertempuran antara kaum yang
paling dasyat pernah di lihat di bumi bertuah Malaysia... orang Melayu yg
berkumpul di Kampung Baru, di perkarangan rumah Datuk Harun yang ketika itu Menteri Besar Selangor
menjadi hilang sabar apabila laungan 'Melayu Bodoh' berkumandang di kalangan
puak cauvinis yg ketika itu sedang berarak melalui kawasan tersebut...
Akibatnya, berlaku pertempuran hebat di antara dua kaum yang besar sehingga
nengorbankan banyak nyawa dan merosakkan banyak harta benda... rusuhan tersebut
tidak habis setakat itu, malah ia menular hampir seluruh negara khususnya
kawasan-kawasan bandar seperti di Georgetown dan Ipoh... bagi meredakan
keadaan, akhirnya kerajaan, yg baru sahaja dibentuk selepas PRU69 termasuk
mengumumkan darurat di seluruh negara dan meletakkan undang-undang di bahu
Angkatan Tentera Malaysia... sehingga dibentuk 1 jawatankuasa khas yg dinamakan
MAGERAN yang dipengerusikan oleh YAB Tun Abd Razak yg ketika itu Timbalan
Perdana Menteri Malaysia bagi mengurus tadbir negara secara sementara di bawah
undang-undang darurat... Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj yg ketika itu Perdana
Menteri Malaysia, baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata dan sedang
dalam proses pemulihan...
Kali ini, musuh yg hampir sama, dgn pendekatan yg sedikit berbeza, cuba
untuk mainkan semula isu yg hampir sama... tidak ada sebab untuk mana2 pihak
menimbulkan pertikaian serta mempersoalkan kontrak sosial yg telah dipersetujui
secara bersama sepertimana yg termaktub dalam perlembagaan yg telah digunapakai
sejak sekian lama sehingga berjaya meletakkan negara Malaysia sepertimana kita
berdiri hari ini...
Hak2 keistimewaan yg diperolehi oleh umat Islam, bangsa Melayu dan
bumiputera di Malaysia adalah satu perkara yg sangat sensitif... keistimewaan
yg diberi, tidak pernah menganggu gugat atau merampas hak orang lain... semua
pihak berpeluang menikmati apa jua manfaat sebagai warganegara Malaysia...
Contoh dalam bidang ekonomi berdasarkan Dasar Ekonomi Baru... orang melayu
bumiputera hanya mahukan hak tetap 30 peratus, sedangkan baki 70 peratus bebas
untuk direbut oleh sesiapa sahaja yg layak sebagai warganegara mahupun bukan
warganegara... malah bangsa Melayu juga tidak akan mempertikai sekiranya baki
70 peratus itu dimonopoli oleh satu2 bangsa, asalkn tidak diganggu hak tetap
bumiputera iaitu sebanyak 30 peratus... jadi apa masalahnya???
Atau adakah 'bangsa tertentu' itu mahukan hak tetap milik bumiputera
sebanyak 30 peratus itu? Boleh... dengan syarat, mereka tidak boleh lagi
menganggu baki 70 peratus yg dinikmati secara terbuka... Tobat depa tak mau...
Realitinya hari ini, walaupun hak tetap bumiputera sebanyak 30 peratus,
tetapi yg menguasai lebih 50 peratus daripada baki 70 peratus adalah 'bangsa
tertentu' tersebut... dan sekarang mereka mahu lagi membolot 30 peratus yg
menjadi hak tetap bumiputera... adakah itu yg dimaksudkan ADIL...
Begitulah juga halnya dengan terma2 lain yg sering dipertikai oleh kelompok
pengkhianat negara... lebih malang apabila kelompok pengkhianat ini turut
mendapat sokongan membabi bodo daripada golongan Melayu Murtad yg tidak tahu
bersyukur dan tidak sedar diri... mereka lupa kejayaan yg mereka kecapi hari
ini adalah hasil keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan keluhuran perlembagaan
yg menjadi panduan pemimpin2 dahulu hingga kini...
Benar rezeki daripada Allah... tetapi Allah jugalah yg telah anugerahkan
hidayah kepada barisan kepimpinan kita dari dahulu hingga kini... hidayah
itulah yg melorongkan pemikiran dan setiap keputusan yg telah diambil yg mana
hari ini kita sedang nikmati kemakmurannya...
Bayangkan jika tanpa hidayah Allah, adakah kita mampu dan berani meletakkan
sasaran sebagai negara maju menjelang 2020...
Aku tak brcadang nk taip pepanjang... jadi jom aku kongsikan gambar detik2
bersejarah sepanjang perhimpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur dan dijangka
tamat di Padang Merbok...
0 ulasan:
Catat Ulasan