Jika tidak pernah makan daging babi
jangan mengatakan daging babi itu sedap.
Sinis saya diatas itu khas kepada orang orang yang suka buat fitnah supaya rakyat marah pada kerajaan.
Harga getah sekerap Thailand 19 bath atau (Thai Bath 1.90 ) iaitu bersamaan lebih kurang RM2.20 sen.Jika ia lebih dari pada apa yang saya katakan ia cuma sikit sangat.
Harga itu adalah harga praih yang membeli sekerap getah dengan penoreh.
Manakala harga getah sekerap dipasaraan negara itu sekitar RM2.50 sen dan RM2.70 sen.
Praih tidak akan membeli getah sekerap dengan harga pasaran yang ditetapkan kerana orang gila pastinya tidak akan membeli dengan harga jualan.
Maknanya beli 20 sen jual pun 20 sen tidak akan berlaku kerana peraih juga nak makan dan bukanya peraih makan batu.
Untuk makluman,harga minyak di Thailand RM4.50 sen dan Kekadang RM4.30 dan jarang jarang RM3.80 sen.Harga ini harga di patrol pam atau turut dikenali setesen minyak.
Manakala harga dikedai runcit kampung pula RM5.00 hingga RM5.50 sen seliter bergantung kepada harga minyak di peterol pam.
Pam minyak di Thailand jauh dengan kampung ,tak kan penjual minyak petrol di kampung akan menjual dengan harga sama di peterol pam,orang gila juga akan turut ketawa.
Berbalik kepada isu getah di Thailand.
Kebun getah jarak dengan kediaman penoreh bukannya dekat.Ada yang dekat,tapi 80 hingga 90 % kebun getah berada jauh dari kediaman penoreh.
Bentuk muka bumi pula berbukit bukau,kebanyakan penoreh menggunakan motor sikal untuk kelokasi.
Cuba bayangkan dengan seliter minyak RM5.00 yang dimasukkan pada motor sikal,berapa kilometer sahaja motor sikal boleh bergerak sedanglkan bentuk muka bumi berbukit.
Untuk pengetahuan,RM5.00 petrol hanya boleh digunakan untuk pergi balik pada hari sama.
Pada hari sekerap getah dikutip dan dipunggah keluar untuk kejalan utama atau dibawa pulang kerumah nilai petrol yang digunakkan tidak cukup RM10.00.
Tentang keselamatan.
Kebanyakkan tuan punya kebun dan kuli mereka tidak akan toreh getah di kebun yang dikira lebih jauh dari jarak biasa dengan tempat tinggal atau kampung mereka.
Faham fahamlah dengan keadaan keselamatan tertutamanya di Selatan Thai.
Kini anak anak muda dari selatan Thai terutamanya Melayu lebih suka berada di Malaysia walaupun kerja cuci dikedai makan.
Bagaimana orang bodoh boleh kata harga getah di Thailand lebih mahal dari Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan