Teruskan Usaha Membantu Mangsa Banjir

Posted by


Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersedia membantu mangsa banjir berikutan beberapa jajahan di negeri Kelantan mula memindahkan mangsa seramai 2,749 orang di empat jajahan, berikutan air sungai mulai naik setelah hujan berlaku selama dua hari.

Manakala dipihak kerajaan haruslah lebih bersedia dan berjaga-jaga dengan segala kelengkapan agar tidak terjadi kelewatan menghantar bantuan kepada mangsa jika banjir  besar berlaku lagi.lagipun tanda-tanda sudah cukup jelas apabila empat jajahan di Kelantan telah mula memindahkan mangsa.

Pemantauan terhadap berita-berita palsu harus diperketatkan lagi agar pihak berkuasa cepat bertidak dan menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu berkaitan banjir sehingga menimbulkan kerisauan kepada rakyat Malaysia.

Manakala semua pemimpin parti tidak kira daripada PAS,UMNO,MCA,DAP,PKR,MIC dll mesti berada di dalam negara,janganlah pula ketika rakyat dilanda musibah pemimpin pula sedap-sedap bercuti ke luar negara dengan anak bini serta kroni.

Ingatlah!,,tempat yang pemimpin duduki sekarang rakyatlah yang tentukan,oleh itu ketika berada diatas, jangan lihat yang dibawah sahaja kecil,kerana yang dibawah melihat yang diatas juga kecil,jadi ingat-ingatlah jika kamu seorang yang berakal dan berfikir dan janganlah guna kepala lutut sebagai sarang akal.

Semua pengamal media sosial disaran melaporkan isu berkaitan dengan banjir secara adil dan telus,bukanya main hentam sesuka hati untuk mempopular blog,fb,twitter masing2.







FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:33 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan