KEDAI KOPI 32-26 Mac 2016 aku pergi kenduri dan persandingan seorang rakan di Kg Balok Kuantan Pahang.
Apa yang aku mahu cerita "bertunang dengan orang lain nikah dengan orang lain'akibat wang hantaran tak cukup makanya pertunangan itu diputuskan.
Kawan aku namanya Azam dia lebih muda dari aku kira-kira 10 tahun,Azam tidak mempunyai kelulusan tinggi manakala tunangnya yang diputuskan itu pula seorang berpendidikan tinggi dan kerja pula sebagai pendidik.
Oleh kerana wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan terlalu tinggi hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintainya selama tiga tahun tidak tercapai.
Bukan Azam tidak berusaha dalam waktu yang diberikan oleh pihak perempuan iaitu selama setahun.Namun dengan pendapatan RM1,000 sebulan tak mungkin Azam dapat meyediakan wang hantaran sebanyak RM11,000 dalam tempoh yang telap ditetapkan.
Azam meceritakan detik-detik perpisahan dengan bekas tunangnya sememangnya sangat pedih apabila usaha berterusterang dengan keluarga perumpuan tidak diterima.
Bukan setakat itu sahaja,malah Azam turut dihina sebagai orang yang tak tahu ukur badan.Azam sedar pekara ini mesti berlaku dan tak cukup dengan niat ikhlasnya untuk memperisterikan seorang pendidik jika dia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi kehendak pihak perempuan.
Azam yang dibesarkan tanpa bapa sejak berusia empat tahun oleh ibunya memang tidak mempunyai kerja yang dikira bagus oleh mereka yang mata kebendaan.
Akhirnya Azam mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dengan tunangnya yang berkerjaya sebagai pendidik.
Saat-saat perpisahan hampir terjadi timbul pula pekara lain apabila bekas tunangnya itu menolak hubungan mereka diputuskan walaupun kedua ibu bapanya setuju.
Namun Azam terpaksa memutuskan pertunangan dalam terpaksa. biarpun cinta kasihnya masih menebal,kerana wang hantaran tinggi dan tidak mampu disediakan Azam terpaksa melakukan daripada ibunya diejek-ejek oleh orang kampung.
Setelah hubungan diputuskan,selama satu tahun Azam tidak bercinta malah dia hanya menumpukan menjaga ibunya yang tercinta kerana tidak mahu lagi di ejek-ejek.
Menurut Azam,kira-kira 7 bulan lepas,Azam membantu seorang wanita yang kerosakan kereta di dijalan raya Karak -KLkira-kira 2.13 pagi.
Azam hanya mampu membantu sekadar yang mampu,namun kenderaan yang dipandu wanita itu tidak juga berjaya dihidupkan enjin.
Kira-kira pukul tiga pagi peronda lebuh raya tiba dan kenderaan wanita itu ditarik menghala ke Gombak:kata Azam.
Selepas itu Azam tidak lagi bertemu dengan wanita tersebut.Pada satu pagi hari Jumaat bulan 1 2016 di bandar Kuantan dia disapa oleh seorang wanita dan Azam cam benar wajah wanita tersebut adalah orang yang pernah dibantunya.
Dalam perbualan pendek itu Azam sempat bertukar telefon,seminggu selepas itu wanita yang dikenali dan tidak pernah tahu nama itu menelefon Azam.
Dalam perbualan yang mengambil masa 2 minit itu,Azam diajak bertemu di Teluk Chempedak (Pantai Teluk Chempedak) Kuantan.
Tiba masa yang dijanjikan,Azam dengan motor buruknya ke lokasi yang dijanjikan,memang wanita itu sedang menunggunya.
Kata Azam,pada mulanya dia rasa kekok juga nak tegur,tapi tegur jugalah,rupanya wanita itu orangnya periang,walaupun kali pertama bertemu mesranya seperti setahun berkenlan.
Berjam-jam juga juga lah awak,saya,awak saya kerana tak tahu nama,,,Azam tanya apa nama perempuan itu,rupanya wanita itu namanya Norhidayu,kata Azam.
Setelah 1 bulan berkenalan,Azam berhasrat untuk melamar Norhidayu lalu dinayatakan hasratnya,nyata Norhidayu tidak menolak dan diminta Azam jumpa kedua orang tuanya.
Sebelum itu,Azam berterus terang yang dia tidak mampu menyediakan wang hantaran berbelas ribu kerana keluarganya meskin.
Norhidayu bagi tahu Azam,keluarganya bukan orang yang menilai kebahagian anak-anak dengan wang hantaran.
Setelah rombongan merisik telah bertemu keluarga Norhidayu,memang nyata ibu bapa Norhidayu hanya menyerahkan kemampuan kepada pihak lelaki berkaitan wang hantaran.
Dalam perbicangan itu,pihak keluarga Azam hanya mampu RM7,000 senagai wang hantaran,manakala pihak perempuan beryukur.
Nurhidayu bukanlah seorang yang tidak berpendidikan,malah dia memperolehi ijazah berkaitan teknologi maklumat disebuah pusat pengajian tinggi dan kini membuka sebuah perusahan berkaitan dengan ijazahnya di ibu kota Kuala Lumpur.
Keluarganya pula memang ahli perniagaan,walaupun dikira kaya raya,kesederhanaan keluarga Nurhidayu jarang ada pada keluarga kaya lain.
Tarikh 26 Mac 2016 mrupakan hari penyatuan dua insan ciptaan,yang haram menjadi halal,semuga Allah merahmati perjalanan hidupnya
Bertunang Dengan Orang Lain Nikah Dengan Orang Lain
Posted by CB Blogger
|
Social Media Widget SM Widgets
Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:45 PTG
0 ulasan:
Catat Ulasan