Pemimpin Tak Malu Biarkan Rakyat Baiki Jalan Sendiri

Posted by

Ahli Parlimen Rantau Panjang jenis muka tembok dan tak malu biarkan hal ini berlaku dalam kawasan sendiri.

AP Rantau Panjang yang dimaksudkan ketika ceramah hebatnya takboleh banding dengan sesiapa sekalipun,kalau dibandingkan dengan petir rasanya suaranya lebih kuat.

Apa nak buat dah nasib rakyat Kelantan yang tiada tempat untuk mengadu,kerajaan Kelantan pula hanya tahu salahkan pusat dalam apa jua yang berlaku.

Tekanan hidup rakyat serig diketengahkan sebagai modal untuk hentam Kerajaan Pusat,tapi dalam negeri sendiri rakyat yang kena keluar wang sendiri untuk baiki jalan.

Kata rakyat hidup tertekan dengan keadaan ekonomi kerana negara diperintah BN,tapi Kelantan sanggup pula biarkan rakyat yang dikatakan hidup tertekan kerana pemerintahan BN yang keluar wang sendiri untuk membaiki jalan.

Jenis bercakap untuk dapat elaun memang ramai dikalangan pemimpin Kelantan terutamanya DARI KALANGAN pas.

RANTAU PANJANG - Kerosakan jalan selepas musim tengkujuh adalah perkara biasa di Kelantan, malah sebilangan besar laluan berkenaan akan dibaik pulih dalam masa setahun.

Pelbagai pihak turut membantu mengurangkan kerosakan yang dihadapi, sama ada kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Bagaimanapun, di Kampung Teniat, masalah itu dikatakan tidak selesai, malah jalan raya di situ dipercayai tidak pernah diturap sejak puluhan tahun lalu.

Keluarkan wang sendiri

Penduduk, Othman Ismail, 67, berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kini berkembang pesat dari segi ekonomi dan kemudahan lain.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa mengeluarkan lebih RM4,000 untuk baiki jalan yang rosak dan tidak pernah diturap sejak puluhan tahun lalu.

"Kerosakan akibat tengkujuh dua tahun lalu menyebabkan jalan dari Kampung Lubok Stol, berdekatan Air Teniat, ke persimpangan Kampung Limau Purut, tidak rata dan membahayakan pengguna.

“Satu lori pasir sudah cecah RM800, belum dikira kemudahan batu, simen dan kos upah jentolak,” katanya.

Menurut Othman, laluan sepanjang dua kilometer itu perlu dibaiki segera demi kemudahan kira-kira 100 penduduk dan peladang di situ sebelum tiba musim tengkujuh.

Katanya, jalan alternatif itu digunakan penduduk sekiranya laluan di Lubok Stol ditenggelami air akibat banjir.

“Ini sahaja laluan berbukit yang bebas banjir, jika tidak dibaiki, kami mungkin terperangkap dan tak dapat cari sumber makanan sepanjang musim banjir,” katanya.

Jalan terletak antara

dua kawasan parlimen

Othman berkata, masalah turut timbul apabila laluan itu termasuk dalam dua parlimen berbeza.

Katanya, sebahagian laluan di Lubok Stol berada di kawasan Rantau Panjang, manakala di tengah laluan antara Kampung Teniat ke Limau Purut berada di bawah tadbir kawasan Parlimen Tanah Merah.

“Ketika saya ajukan masalah kepada ketua kampung, mereka mendakwa laluan ini berada di bawah kuasa pentadbiran Tanah Merah.

“Sekali lagi saya ajukan masalah ini kepada ketua kampung di Tanah Merah, namun mereka enggan membantu kerana berpendapat ia tidak dilalui penduduk kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku dan pihak berkaitan sepatutnya memikirkan kebajikan rakyat serta tidak mengutamakan kuasa.

Katanya, berbekalkan bantuan pemimpin dapat memberi keselesaan kepada penduduk, sekali gus mengurangkan beban mereka yang terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menjalankan kerja baik pulih.

'Kami hanya pegang amanah'

Sementara itu, Adun Gual Periok, Mohamad Awang berkata, pihaknya ada dimaklumkan mengenai masalah dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kata Mohamad, kawasan berkenaan agak terpencil dan sangat jarang dilalui penduduk, kecuali peladang serta pekebun.

Katanya lagi, pihaknya turut menghadapi cabaran dalam mengeluarkan dana memandangkan ia berada di bawah tadbir Tanah Merah.

“Bukan mahu menuding jari atau lepas tangan, tetapi kami pegang amanah. Dana yang diperoleh adalah untuk semua penduduk di kawasan Rantau Panjang.

“Jika peruntukan itu digunakan melibatkan kawasan lain, ia bukan sahaja merugikan penerima lain, malah dianggap pecah amanah,” katanya.

Mohamad berkata, tidak timbul isu kemaruk kuasa pentadbiran kerana semua aspek perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dicapai.

Katanya, setiap keputusan bergantung pada perbincangan bersama, bukan melibatkan satu-satu pihak sahaja.
-Sinar Harian


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:45 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan