Cerita Dari Patani Malaysia Syurga Duit

Posted by

Sebelum aku tidur malam ini,aku nak  cerita kisah budak thailand kerja di Malaysia.aku ni suka lepak-lepak dikedai tomyam,kalau dah selalu lepak tu dah tentulah akan menjadi kenal mengenal antara satu lama lain.
hiasan

Pendek cerita,,aku tanya bebudak patani,kenapa kau orang mari malaysia cari makan sedangkan mata wang thai lebih tinggi.

dia orang jawab,betul duit siam tinggi nilai,tapi kerja disana susah nak dapat tambah-tambah kita orang melayu patani.

katanya lagi,orang malaysia bising macam-macam pasal ekonomi,tapi tak pernah rasa duduk lama di siam,bukan sahaja susah malah keselamatan diri belum selamat,nak lepak2 lama dikedai kopi pun takut.

orang malaysia semua benda nak mudah kerana biasa senang dengan apa yang ada,tapi kita di patani sukar nak rasa macam malaysia,lepak-lepak lama kedai kopi lama pun ok,jalan-jalan kemana sahaja pun tak rasa takut,orang malaysia pula sibuk dengan barang makan mahal,tapi tak pikir pula soal selamat atau tidak kalau malaysia jadi serupa patani,kata dia orang.

Tak rasa takut (keselamatan) aman damai tak boleh beli dengan duit  walau kaya macamana pun.duit boleh cari tapi keselamatan tak leh beli dengan duit.kita orang patani seksa pun usaha juga mari malaysia kerana nak cari makan.mari malaysia mudah(senang) sikit cari duit walaupun nilai duit kecil ,kata meraka lagi.

Orang malaysia sibuk berbalah pasal politik,kalau orang di siam buat serupa malaysia teruk lah kena dengan orang ada kuasa (polis dan tentera) silap-silap kena kurung dirumah pasung(balai polis),kalau nasib tak baik hilang gitu saja(begitu sahaja) tak tahu kemana,mati ke hidup tak tahu.(samada mati atau hidup orang tak tahu).


Jadi pikir2 lah sendiri dah besar dan ada otak dah masing2 wahai rakyat malaysia


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:06 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan