Niat Nak Solat Tarawih Di Masjid Wilayah, Tapi Tak Sampai Hajat.

Posted by

Awal Puasa Biasalah-Awal puasa kebiasanya tak muatlah masjid dan surau sehingga melimpah ruah keluar para jemaah yang menunaikan solat sunat tarawih.

Aku juga tak lepas peluang pergi ke masjid yang jarang-jarang aku pergi iatu  masjid Wilayah Persekutuan.

Aku ditemani Isteri tercinta sampai sebelum Maghrib,,ertinya aku buka puasa di masjid itu lah..

Allhamdulillah,,Jemaah sungguh ramai dan aku kira tidak seramai malam ini jika dibandingkan dengan hari lain.

Selepas Solat Isyak,,Aku dan isteri terus pulang kerumah setelah mendapat berita yang rumah kami putus bekalan letrik.

Sesampai dirumah,,memang rumah kami bergelap dan anak-anak hanya pasang lilin di kawasan laman rumah.

Bila aku buat pemeriksaan rupanya suis  dalam kotak (DB box) TER OFF..setelah on suis anak mula masuk kedalam rumah. dan aku mula mengajak Isteri solat sunat tarawih dan di ikuti oleh anak nombor 1 dan nombor 2 kami.

Anak aku berpesan,,Abah jangan baca ayat quran panjang-panjang,,Ok jawab ku..

Setelah berkemas tempat untuk solat sunat tarawih..aku mula mengimamkan solat dan aku pula hanya bawa ayat-ayat pendek dengan sekadar 5 hingga 6 ayat sahaja.

Setelah selesai solat sunat tarawih,,kami anak beranak minum malam,,minuman pula dibancuh oleh anak perempuan kami yang baru masuk usia 10 tahun,lagipun dia anak sulung mesti kena pandai,kalau tidak bagaimana dia mahu urus adik-adik,dan itulah didikan isteri ku.

Anak laki  pula memang ulat buku dan yang bongsu pulak masih tadika..

Untuk esok ,,kami anak beranak setuju melawat adik isteri saya yang bekerja di Melaka,,,Nasib baik jugalah aku kerja sendiri,kalau tidak sukar juga nak bergerak kesana kemari.

Adik ipar aku bekerja di Melaka,tak jauh pun dari Kuala Lumpur,,jadi bukan susah sangat nak pegi sana,,isi minyak kereta ..insyaAllah sampai.,Lagipun Itulah satu-satunya adik ipar aku..

Setelah kematian kedua mertua aku,,adik ipar aku itu setia dengan kakaknya dan tinggal serumah dengan kami selama beberapa tahun.

Kini dia  dah ada kerja sendiri..pada mulanya aku tak nak adik ipar aku bekerja jauh-jauh dengan kakanya..kalau tak ada kerja pun tak apa..sebab aku mampu untuk memberi  keperluan hidupanya.
"Isteri aku pujuk pula,,agar adik nya berdikari dengan ilmu yang dia perolehi Di UiTM..Aku akur.

Setelah selesai minum malam,masing-masing  cari tempat tidur,kecuali anak bongsu aku yang masih mahu nonton TV.

Biarpun jemaah ramai di masjid Wilayah ..kami suami Isteri hanya sempat solat jemaah maghrib dan isyak,,

InsyaAllah..kami anak beranak datang kembali ke masjid wilayah...pada bulan ramadhan ini..







FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:00 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan