Bila Ada Kenderaan Jangan Sombong Dengan Pejalan Kaki

Posted by

Hiasan semata-mata

Manusia-Sikap sombong dan anggkuh memang tidak boleh lari dengan diri manusia,tapi boleh elak jika selalu menimbang rasa hati sendiri.

Contoh aku tak suka orang sombong,jadi diri janganlah sombong.
Aku tak suka orang angkuh,jadi janganlah angkuh.

Pada era kesusahan aku dulu-dulu,aku tidak ada satu kenderaan pun termasuklah basikal,oleh kemeskinan yang amat tegar pada keluarga,aku tidak merasa semua itu,melainkan setelah umur 20 tahun baru dapat ,itupun setelah bekerja sendiri.

Ketika aku tidak bekenderaan,aku sering jalan kaki berkilo-kilometer setiap hari,yer lah,,sebab aku pergi sekolah,,jalan utama aku adalan ikut batas sawah padi,sebab apa  aku ikut batas sawah padi ,tak lain tak bukan itulah satu-satunya jalan pintas untuk memendekkan masa perjalanan,manakala jaraknya pula adalah 7 kilo meter.

Selama enam tahun aku berjalan kaki,iaitu sejak mula jejak kaki di darjah satu hingga darjah enam,setelah habis darjah enam aku tidak lagi belajar,sebab apa aku tidak meneruskan pelajaran ,tak lain tak bukan kerana keluarga ku meskin dan sudah tentu tidak memilik ekonomi yang baik.

Apabila usia ku cecah 13 tahun,aku dibenarkan oleh ibu bapa toreh getak dikebun sendiri,pada masa itu harga getah beku sekitar 35 sen sekilo.
"Setiap hari menoreh aku dapat 5 kilo gram itupun jika musim lembap,jika musim kemarau kering pula susah juga nak dapat 2 kilo gram setiap hari,manakala musim hujan dan banjir langsung tidak dapat noreh.

Jika tidak ada ara melintang setiap bulan aku dapat jual lebih kurang 70 Kg getah beku ,hangpa kalilah dengan 70kg x 35sen,,hasilnya berapa hangpa kiralah sendiri.

Hasil itulah aku beri makan 2 anak saudara ku yang yatim piatu serta ibu bapa ku..nak rasa pegi bandar memang jauh sekalilah.

Dalam pada itu rasa ingin memiliki kenderaan memang tinggi,tapi apakan daya semuanya hanya cita-cita.

Kekawan yang mana ibu bapa berkemampuan sudah memiliki kenderaan sendiri iaitu motor sikal,aku pula basikal pun tak mampu.

Kekadang rasa marah bila aku jalan kaki,kekawan yang berkenderaan pula ejek-ejek dengan sindiran pedas,apa kan daya aku memang tak mampu.

Semakin hari aku semakin tersisih dengan kekawan,sebabnya kerana aku tidak memiliki kenderaan.lama kelamaan aku mereka tidak peduli lagi.

Walaupun begitu,dalam diam-diam aku menyipan cita-cita besar untuk menjadi orag berjaya dalam hidup.

Setelah aku berusia 20 tahun,aku berkahwin dengan gadis kampung pilihan orang tua,setelah aku mendirikan rumah tangga,aku mula pusing memikirkan bagaimana mahu tingkatkan ekonomi keluarga.

Aku akhirnya dengan persetujuan kedua belah keluarga,iaitu pihak isteri dan pihak aku,mereka brsetuju jika aku cari peluang kerja di Kuala Lumpur.

Dengan bantuan seorang kawan yang sudah lama nekerja di K.L akhirnya aku berhijrah ke bandaraya terkenal Malaysia.

Usia perkahwinan aku dah 10 tahun,tapi belimpun dapat cahaya mata,aku kehulu,kehilir dengan isteri usaha secara tradisional setelah perubatan dengan cara doktor tidak membuahkan hasil.

Dalam 10 tahun itulah aku bina ekonomi,memang perit sungguh membina ekonomi keluarga di ibu kota negara,apa lagi aku dan isteri pula menyewa di Kg Baru,mungkin kerana tekanan hidup begitu hebat maka isteri ku tidak dapat hamil.

Walaupun aku usaha bebagai cara tapi tidak berjaya,,mungkin Allah belum Izin lagi untuk isteriku hamil.

Setelah segalanya tenang dari tekanan hidup,dan aku pun sudah dapat beli sebuah kereta buatan malaysia dan dapat beli sebuah rumah kos rendah maka tekanan hidup mula berkurangan.

Isteri aku memang hebat orangnya,tak pernah mengeluh,tak pernah resah,janji makan minum dan pakai ala kadar terjaga.

Kini aku sudah memiliki anak,,ha ha memang best ada anak,malah kasih sayang aku pada isteri ku makin bertambah-tambah.

Manakala ekonomiku pula semakin hari semakin bagus dengan berkat usaha aku dan isteri,,kini isteriku dah ada kereta kesukaannya iaitu myvi.

Pada awal-awal di KL,Aku balik kampung tak berapa kerap,,bukan kerana apa untuk elakan putus bajet.

Kini aka
u balik kampun 3 kali sebulan untuk berjumpa keuarga ku tercinta,manakala kekawan yang dulunya suka sinis aku kerana keadaan ku meskin pada masa itu masih lagi di tangga lama,tak berubah-ubah,,aku tetap layan mereka seperti biasa,,sebab aku tak nak penyakit sombong dan angkuh ada pada diri aku,kerana apa,,kerana aku memang tak suka itu semua,,,,




















FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:07 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan