Keadaan cuaca dan arus deras di kawasan banjir terutamanya dikawasan banjir di negeri Kelantan amat menyukarkan pihak pemyelamat sampai dilokasi pusat pemindahan mangsa banjir.
ATM menegaskan pihak mereka menghadapi kesukaran bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir disebabkan faktor cuaca dan arus air yang sangat kuat.
Oleh itu pihak ATM menolak dakwaan bahawa yang mereka sengaja melambatkan urusan menghantar bantuan kepada mangsa sebagaimana kenyataan Panglima Medan Tentera Darat Jeneral Datuk Sri Zulkifli Kasim
Oleh kerana itu orang ramai perlu diingatkan jangan menyebarkan berita yang tidak benar ,kerana pihak kesalamatan yang dipertanggungjawab mengurus masalah akibat bencana banjir juga menghadapi kesukaran,sebagai contoh,10 orang bomba yang kini bersama dengan 500 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat pemindahan iaitu disekolah Manik Urai terpaksa merentasi halangan selama 8 jam dari Kota Bharu untuk sampai dipenempatan mangsa.
Sementara itu kerajaan menambah dan menggerakkan lebih banyak aset ke negeri yang terjejas banjir bagi membantu mangsa .
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata ini termasuk aset bot dan helikopter tiga cabang angkatan tentera membabitkan darat, laut dan udara bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Walaupun keadaan air dilaporkan tidak lagi meningkat naik,air bukanya terus surut.jadi jangan sedap-sedap buat berita yang menggusarkan mangsa banjir,sedangkan diri sendiri tidak buat apa-apa.
0 ulasan:
Catat Ulasan