Bini sampai terkam komputer untuk layar laman sesawang bagi mendapatkan berita banjir terutamanya dibahagian ulu Kelantan.
Rakan aku telfon,dia terpaksa cuti panjang tidak tergamak meninggalkan kuarganya sedang bermasalah,katanya dia rela dipecat dari jawatan bergaji 7 ribu demi kasih sayang pada kuarganya di Kelantan yang sedang alami banjar parah di Gua Musang sejak beberapa hari lalu.
Aku menghubungi majikannya,majikanya juga adalah majikan aku,kata majikan,dia tidak akan memecat mana-mana staf yang mengalami masalah,tambahnya lagi, dia sendiripun manusia yang ada kasih belas sesama manusia,jadi tidak ada sebab mahu memecat pekerja dalam masalah,kalau dia buat juga zalimlah .
Aku cuba hubungi balik rakan aku itu,namun tidak dapat pula sampai ke hari ini,aku tahu memang bermasalah talian disana buat masa sekarang atau beteri telfonnya sudah habis power dan dah tak boleh caj kerana letrik terputus.
Aku sendiri juga turut simpati dengan semua mangsa banjir diseluruh negeri kelantan dan mangsa banjir lain-lain negeri.
Aku juga bersyukur pada Allah,biarpun sedikit dapat juga aku salur bantuan melalui biro kebajikan sebuah parti politik yang pernah menghantar 7 tan bekalan banjir di negeri kelantan.
Marilah kita sama-sama doakan agar mangsa banjir dan anggota penyalamat tabah menhgadapinya,melihat pada laporan berita,ulu kelantan hari ini sedang bermasalah sungguh akibat banjir.
Anggota penyelamat sukar mengharungi arus deras malah helekopter juga tidak dapat beroperasai dengan baik berikutan cuaca buruk.
Apa lagi mangsa disana,aku di kota raya juga hiba dengan kejadian itu,kekadang aku terfikir adakah mereka ada bekalan makananan dan apakah mereka sudah makan,macammana mereka menerima rawatan jika sakit,sedangkan hospital juga tenggelam air.
Harta benda mereka sudah pasti musnah,selepas bah besar itu surut mangsa banjir ulu kelantan nanti hanya tinggal sehelai pakaian membalut tubuh.
Entah hari ini depa dapat makan atau tidak,sedangkan bantuan sukar untuk sampai berikutan perhubungan darat terputus,arus pula deras,penyelamat ikut laluan udara juga bermasalah berikutan cuaca buruk.




0 ulasan:
Catat Ulasan