Bekas Exco Kelantan Meninggal Dunia

Posted by

KOTA BHARU:  Bekas anggota exco kerajaan negeri Kelantan, era awal 90-an, Ustaz Idris Ahmad, 73 telah kembali ke rahmatullah malam tadi di kediamannya di Kampung Pak Pura, Beris Kubur Besar, kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak, salah seorangnya Pengarang Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Attif Zayyad.

Allahyarham sebelum ini menghadapi masaalah komplikasi jantung.

Ketika dihubungi Attif memberitahu bahawa ayahnya nampak kurang sihat sejak akhir-akhir ini.

“Selepas solat Maghrib dia minta nak minum air lai cikang, selepas itu saya bawa dia ke bilik untuk tidur.

“Saya tinggalkan dia seketika bersama emak saya kerana mahu menziarahi rakan setugas di Kota Bharu yang kematian isteri, namun belum sempat sampai, dikhabarkan ayah sudah meninggal dunia dan saya berpatah balik ke rumah,”ujarnya.

Attif mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan orang ramai yang sering bertanya khabar dan menziarahi ayahnya sebelum ini.

Turut menziarahi arwah malam tadi Anggota Parlimen Bachok, Marzuk Shaari, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader dan lain-lain pimpinan PAS Kawasan Bachok.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak, seorang isteri Norizam Che Ismail, 52. Isteri pertamanya, telah meninggal dunia pada tahun 2006.

Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Mahiliah Geting, Tumpat.

Demi sebuah perjuangan dan memenuhi tuntutan jemaah, beliau melepaskan jawatannya itu untuk bertanding di Dun Tawang selama tiga penggal, bermula tahun 1982, 1986 dan 1990.

Jawatan terakhirnya ialah sebagai Adun Tawang tahun 1990-1995. Allahyarham pernah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok. Jenazah dikebumikan pagi ini di tanah perkuburan Islam, Kampung Pak Pura. – HARAKAHDAILY 20/12/2014


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:52 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan