![]() |
Heli Pertama Mendarat Dikawasan Banjir Di Gua Musang |
Hanya doa dapat mengiringi pasukan bantuan banjir yang banyak berkorban demi mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Ya Allah Dengarlah rayuan hamba-Mu ini" Dengan Nama Allah,Wahai bumi telanlah airmu,wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Menggunakan Sebuah helikopter bagi membantu mangsa banji di Gua Musang dan Jeli kerana jalan kawasan itu sememangnya tidak dapat dilalau oleh sebarang kenderaan selain jarak yang jauh dari bandar Kota Bharu.
Pengarahnya, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, alternatif dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak itu diambil berikutan jarak antara Gua Musang dan Jeli dengan Kota Bharu agak jauh dan memerlukan masa yang panjang untuk tiba di sesebuah lokasi jika menggunakan laluan darat.
0 ulasan:
Catat Ulasan