Pasukan sukarelawan daripada Shah Alam sedang bersiap sedia untuk menghantar bekalan kepada mangsa banjir di negeri Kelantan.
Sukarelawan ini dilaporkan bertolak ke Kelantan pada pagi esok(1.1.2015)
Dimaklumkan,bantuan mangsa banjir yang akan di agihkan oleh sukarelawan HoceTeam dan Persatuan Kebajikan Shah Alam adalah di Salor Pasir Mas.
Maklumat terkini pada jam 4.25 petang 31/12/2014 mereka sedang mengambil barangan subangan di Kuala Lumpur.
Dengan di bantu oleh 20 petugas termasuk daripada kaum india mereka dijangka akan berada di Kelantan selama 3 hari untuk mengagihkan bantuan secara terus kepada mangsa.
0 ulasan:
Catat Ulasan