Letupan Di Gurun Kedah Bukan Bom Sebaliknya Tong Gas Yang Meletup

Posted by




Aduh,macam-macam berita tak betul pula dah tersebar melalui teknologi cangih,zaman IT katakan,aku pada mulanya tidak peduli dengan apa yang dikirim melalui watsap,tapi bini pula yang bersungguh-sunggu,bukannya apa, bini aku bimbang kalau-kalau yang maut itu adalah saudara mara dia yang ada di Gurun negeri Kedah.

Nak tak nak,aku suruh  bini call tanya khabar kuarganya kat sana,depa pun terkejut monkey-lah bila bini aku kata ada BOM meltup disana,lalu diberi penjelasan,bahawa,tempat berlaku letupan itu jauh dari kampungnya dan letupan itu bukan perpunca dari bom sebaliknya berpunca dari tong gas memasak,aku dan anak bini-pun lega lah dengar berita itu.

Kadang-kadang aku-pun rasa pelik dengan penyebar maklumat yang belum sahih,tak tahu nak selidik ke? betul atau bohong berita yang diterima.

Kata kuarga bini di Gurun Kedah, dalam kejadian letupan tong gas disebuah rumah di taman ria mesra itu pada hari ini(rabu) berlaku pada waktu petang lebih kurang pukul 4.50.

 Kejadian itu mengakibatkan 2 orang maut,seorang lelaki manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan dan seorang wanita cedera.

Akibat dari berlakunya letupan,rumah tersebut runtuh dan beberapa rumah lain juga turut terkesan malah ada yang terbakar.

Itu cerita yang benar,,bukan bom yang meletup ,tapi tong gas yang meletup...


Gambar itu aku ambil dalam watsap bini aku....


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:15 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan