Rakyat Tidak Marah PM Main Golf,Mengutamakan Obama Itu Masalah

Posted by

Terpanggil untuk mengkritik Perdana Menteri apabila isu main Golf dengan Obama ketika rakyat sedang sengsara mengharungi liku-liku kepayah akibat banjir menjadi viral.

Disaat rakyat menderita akibat bencana banjir,disaat rakyat berebut barang bekalan makanan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pula happy bermain golf dengan Obama dilokasi yang manusia didunia tahu.

Situasi sebelumnya Perdana menteri ada melawat mangsa banjir sebelum pergi bermain golf bersama Obama kafirun,namun kepergian Perdana Menteri semasa bencana besar berlaku tidak patut berlaku.

Memang benar,lawatan itu penting demi hubungan dua hala antara Malaysia dan US itu penting dan jadual pertemuan pula telah dirancang lebih awal.

Sebagai perdana Menteri Malaysia,sepatutnya mengutamakan kasih sayang kepada rakyat dikala mangsa banjir memerlukan motivasi demi meneruskan cabaran yang dilalui.

Tidak salah bermain golf dengan sesiapa,nak main golf bersama Iblis sekalipun rakyat tidak marah,tetapi biarlah kena pada waktunya juga musimnya dan jadual pertemuan dengan Obama boleh dibatalkan dengan sebab Perdana Menteri sendiri tahu,dan Obama juga akan faham jika diberi pencerahan.

Alasan pemimpin dahulu sebelum Perdana Menteri Datuk Najib juga bermain golf adalah satu alasan manusia pendek akal.Rakyat tahu perdana menteri sebelum Najib juga main golf,masalah yang timbul disini.apakah semasa Perdana Menteri terdahulu bermain golf bersama pemimpin negara lain, rakyat sedang meminum air kuning akibat banjir,adakah pada waktu perdana menteri dahulu bermain golf rakyat sedang berlapar akibat bencana.

Jangan menyujud sangat dengan pemimpin negara kafir  apa lagi dalam keadaan rakyat menjadi mangsa banjir.malah berlapar akibat sukar mendapat bekalan.Dalam keadaan rakyat sedang kosong perut,kering halkum,Perdana Menteri  tergamak minum fresh oren bersama Obama,tergamak Perdana Menteri menjamu selera dalam keadaan mewah,sedangkan mangsa banjir ikat perut.

Memang benar,jika Perdana Menteri ada di Malaysia masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir bukannya dapat diselesaikan dengan segera.namun perbuatan mengutamakan perjumpaan dengan pemimpin No 1 US ibarat menghadiahkan kain kafan pada mangsa bencana banjir.

Rakyat tidak mintak Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Isterinya pikul bekalan hantar pada mangsa ,apa yang rakyat mahu batang tubuh perdana menteri berada bersama mereka waktu-waktu seperti keadaan sekarang atau ada dalam negera,ibarat orang bercinta,tidak dapat melihat orang yang dicintai jika lihat kampung dikira sudah mencukupi bagi melepas rindu.

Ingatlah seorang perdana menteri adalah enjin,kalau enjin  rosak body elok macamanapun body itu tetap tidak bernilai.

Janganlah sampai rakyat melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti kenderaan mahal yang rosak enjin,jangan sampai  rakyat melihat perdana menteri seperti telor busuk yang indah pada kulit .

Apapun alasan yang diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada rakyat,rakyat tetap ada neraca sendiri,ada penilaian sendiri,kerana rakyatlah letak Perdana Menteri Datuk Seri Najib di singahsana sekarang.

Rakyat didahulukan,janji ditepati begitu indah dipanji-panji yang berkibar  disetiap musim PRU.Namun apakah dengan mendahului pemimpin US itu rakyat khasnya mangsa banjir akan tampal kata-kata itu pada naluri mereka.

Cuba Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditempat mangsa banjir,bagaimana rasanya jika hal serupa berlaku.



FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 12:53 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan