PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi meluahkan rasa kesal apabila beberapa ahli jawatankuasa baharu yang dilantik untuk menerajui persatuan tersebut sukar memberi kerjasama.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, kebanyakan barisan baharu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14, September lalu terdiri daripada pelakon-pelakon popular yang lebih banyak bercakap daripada melakukan tindakan.
"Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakkan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.
"Tetapi disebabkan semuanya terlalu pandai ilmu lakonan, hanya pandai bercakap sahaja daripada melakukannya," ujarnya kepada mStar Online.
Zed berkata, perkara tersebut menyukarkannya untuk mengerakkan persatuan itu bagi menjalankan aktiviti kebajikan.
Jelasnya, terlalu ramai yang akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan terhadap persatuan sama ada wajar atau tidak.
"Bila ramai sangat yang tinggi ilmu lakonan apa yang saya lakukan sentiasa dipersoalkan dan dicari salah.
"Kalau mereka mahu jadi presiden, dahulu semasa pemilihan kenapa tidak mahu bertanding dan letak nama mereka," soalnya.
Tambah Zed, persatuan Seniman bukan satu-satunya persatuan yang dipimpin olehnya ketika ini.
Dia juga memimpin beberapa persatuan belia yang melibatkan Umno.
"Saya bukan pimpin persatuan Seniman sahaja, malah ada beberapa persatuan belia yang perlu saya uruskan dan setakat ini tidak ada masalah.
"Seniman ini sahaja persatuan yang susah kerana banyak sangat orang yang kaki bantah berbanding yang betul-betul nak buat kerja,” katanya.
Selain Zed, Seniman turut diterajui oleh Zack (Kool), sebagai Timbalan Presiden, Zahrin Ishak sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya ialah oleh Rena Tan dan Vanidah Imran sebagai Bendahari.
Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.
Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit

0 ulasan:
Catat Ulasan