Apakah Negara Islam Penuh Dengan Pembakar Api Neraka?

Posted by

Segala puji bagi Allah zat yang wajib ada. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Para pembaca yang diredai Allah,
Kita tahu banyak hadis Nabi SAW menceritakan keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Ingatlah!
seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka, Ayah dan suami seperti itu adalah dayus ,mereka yang dayus tempatnya dalam api neraka.

Cukuplah dengan mukadimah ringkas dari penulis untuk memperingati diri sendiri dan kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

Hari ini pemimpin besar negara  bangga bahawa Malaysia adalah negara Islam contoh dan sebagainya,bagaimana pemimpin-pemimpin dalam negara ini boleh bangga sedangkan isteri mereka tidak tutup aurat dengan sempurna,anak-anak mereka memeluk wanita yang tidak halal.

Melihat daripada kelakuan keluarga pemimpin,apakah mereka sebenar hanya mampu mencipta model ungkapan tetapi tidak mampu cipta model keluarga negara Islam yang diagung-agungkan.

Isteri peluk lelaki,anak peluk perempuan,perempuan peluk lelaki,lelaki peluk perempuan dengan bebas malah bangga dapat melakukan perbuatan kesukaan syaitan.

Negara Islam yang dibanggakan oleh pemimpin dan sebahagian rakyatnya sepatutnya diisi dengan wangian syurga bukannya penuh dengan kayu api pembakar didalam neraka jahanam.

Bilangan Masjid boleh dibanggakan,namun apakah pemimpin terlupa atau tutup mata bahawa tempat maksiat yang terang lagi bersuluh juga lebih banyak daripada rumah orang-orang beriman.

Para ulamak pula bisu dan lumpuh dari menegur para pemimpin agar membentuk keluarga kearah yang direda terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai Islam yang diredai Allah.

Tidak hairan,jika banyak pihak mengatakan pemimpin yang bercakap mengenai Islam hari ini hanya seperti burung yang pandai bertutur bahasa tuannya.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:25 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan